09 October 2010

Spaghetti Full House

Salam.

Tidak lengkap jika sebuah rumah itu tanpa nama. 
Jadi aku, Esah dan Nash tekad mahu letak nama rumah kami FULL HOUSE. Rumah kami mengadap bendang sawah padi, bukannya laut terbentang luas seperti versi Full House yang sebenar. Kenapa Full House? Sebab walopon bertiga, ada tiga ragam, tiga fi'il dan tiga dimensi pemikiran yang berbeza menjadikan ruang yang sekangkang kera ni semacam funfair! Kumpulan darah kami pon hampir sama iaitu A, AA, AB (bukan saiz cup ye cik abang) jadi .. we belong together gether lah!

Jadi..bagi meraikan kali pertama iron cheh Nash masak..beliau dengan sesuka hatinya ingin berkongsi dengan anda ramuan dan cara-cara masakan.




Ramuan Spaghetti Full House:

mee spaghetti cap halalan toyibban 
200gram minced meat versi bukan pervert punya body part.
1 biji bawang besar potong dadu ular
Sebuku bawah putis
1 biji tomato berbentuk love dan berharga 10genih sekilo. heavenly mahal!
2,3,4 bersudu-sudu paste pasta deliciousoo..nyum nyum nyum..
sepenumbuk serbuk cheese segar (trimas kasih kerbau depan rumah!)
serbuk herba oregano sesedap suka kau (jika ada)
2 sudu minyak sayur-sayuran yang mendapat iso 2020 (jika tiada..erm..minyak muka pon anney pon boleh!)

(minced meat anggota badan pervert yang sondol belakang anak dara orang di dalam bas adalah tidak digalakkan sama sekali )

Cara-cara memasak Spaghetti Full House:
(bukan spageti yang kau nampak org putis pakai)

Baca bismillahirrahmanirahim dan selawat tiga kali.
1. Panaskan kuali/periuk. taruk minyak sayur. api kasi sedang sedang sahaja. campakkan bawang besar tadi. goreng hingga layu di tasik madu. di dalam periuk layan, rebus mee spaghetti hingga lembik kental kuning keemasan, angkat dan toskan.untuk kelinciran yang berbunyi slurrpp..sewaktu makan spaghetti, tambahkan sedikit minyak sayuran.

2. Letakkan daging cincang yang siap di beli di pasar perlahan-lahan ke dalam kuali, kemudian tonyoh-tonyoh daging tersebut sambil cursing pakcik tua yang sondol belakang kau dalam bas semalam. curse perlahan-lahan dalam hati tapi riak muka sinis gile! tonyoh sampai daging mulai masak! kemudian beristighfar semula.

3. Tuang bawang putih dan tomato comel yang telah dikisar dengan blender berjenama Ocean ke dalam kuali tadi. Akibat bergaduh dengan pakwe, iron cheh Nash terkisarkan sebuku bawang putih hingga lumat. Biar naik bau, katanya. tumis juga paste pasta bukan cap Prego.

"letaklah sesuka hati kau, mangkok!! " katanya lagi apabila ditanya tentang sukatan. aku memang biasa di-mangkok-kan beliau! bunyi keletang keletung di dapur buat aku tinggalkan skype ngan mofasad sekejap dan berlari untuk menolong di dapur. iron cheh pandang aku dengan pandangan maut. aku sengih mintak ampoon .. teheee...

4. Biarkan sos pasta spageti di atas api yang sederhana. Sambung cursing pakcik pervert dan membebel tentang kebengangan masalah yang berlaku di Malaysia. "aku rasa Sosilawati tak mati lagi..aku yakin.." bilang iron cheh tiba-tiba. riak mukanya sangat yakin sambil mengusap-usap dagu tanpa janggut. aku dan Esah berpandangan. Sah..iron cheh kami mengalami memory lost short term kerana depressed berada di dapur. *sigh*

5. Berhagak-hagak letakkan perasa seperti gula, garam dan secangkir senyuman daripada aku, hagak-hagak bau sedap..haa...hidangkan sajelah! oh ya, jangan lupa sebuk herba oregano..sedap tak hingat! kalau rajen..buat meatball skali. taburkan cheese di atas pinggang atau cheese boleh dicampur sama dalam sos spaghetti tadi.

iron cheh makan dengan semangat berkobar-kobar. lapar sangat.. katanya. usai makan iron cheh memegang perutnya lalu diusap beberapa kali. bersendawa dan terus menyandar.

" Esah.. Fiq.. lepas kematian Sosilawati dulu, siapa lagi yang bakal mati ye? dahsyat orang-orang politik sekarang.."

Aku dan Esah berpandangan. Naik bingung sebentar. memory dia dah kembali kot..

slurpp..!