9.10.10

Sifat-Sifat Baharu dan Rindu

Salam.


Cubaan satu dua tiga.. ada sifat baharu dicoba.


Hitam : Ada jiwa yang bolong yang terlalu menyerap cahaya tetapi gagal untuk memantulkannya.


Putih : Ada akal yang lurus, tidak berbagi dan lurus memantulkan cahaya. agar ada yang nampak. tidak buta sepenuhnya.


Merah Jambu : Dalam zahir yang kasar, ada sisi yang lembut. Ibarat aiskrim strawberry..sifatnya manis membunuh tetapi nikmatnya kekal dalam memori. Biarpon sementara.


Biru : Penyataan yang mengingatkan diri tentang tujuan berbakti.


Subjek feminine separa bogel : Kadang-kadang berterus terang itu sifatnya tulus dan telus. ibaratnya....ya..yang itulah.


.Sabar Itu Indah. : Sudah qada' tuntutan rindunya. Emosi beliau gundah, turun naik seperti politik di Malaysia.


Sengaja menukar pandangan baharu. Sesekali mahu gubah seni pandang yang mungkin attractive.