28.10.10

Sedarlah diri itu diuntungkan.



"selama kita tengok dia dengan hati yang kental itu, kita cemburu. ada sahaja bekalan amarah yang berbau benci kita lemparkan pada dia dan kadang-kadang ada bau fitnah."

perempuan itu, darahnya tumpah kerna pertahankan sesuatu yang bukan lagi miliknya. dia rebah jika ada peluru khianat menikam-nikam sosok belakangnya. lalu keluarlah nanah jahannam, hasil robekan peluru sesat.

perempuan itu, layan setiap kebutuhan yang kau inginkan dalam dunia. dia naif, dia pandai, dia bijak mengendalikan dirinya untuk kau. lagaknya pula sentiasa kuat. nampak gah, nampak kental, nampak egonya tinggi! hakikatnya, yang berada di dalam tubuh mungil itu hanyalah robot sekecil kotak mancis. robot kecil yang kontrol pergerakan jasad yang hampir punah. robot mana ada perasaan! robot mana tahu rasa sakit diinjak rasa keji manusia?! robot tak tahu apa-apa. tiada aliran sensitivity yang mengalir deras dalam jasad yang dimanipulasi. robot itu namanya akal. akal yang bergerak tanpa derap rasa emosi. akal logik. 

alasan perempuan itu berlagak kuat adalah supaya dia tidak sesekali akan menyusahkan kau. dan hatinya.. telah hancur lumat diperlaku bagai-bagai oleh kau. dia mahu tahan sakit. tahan sakit dibohongi..tahan sakit dikhianati..tahan sakit kerna tidak dipercayai. dia tahan sakit hingga tiada lagi wbc yang tinggal untuk mempertahankan dia..hingga tiada lagi vaksin yang boleh menyokongnya!

mungkin, bila perempuan itu sampai muntah darah hitam, lidah terjelir keluar, MUNGKIN, waktu itu baru kau tahu erti sesal. baru kau mahu meratap mohon ampun dan maaf teresak-esak, goncang tubuh tak bernyawa itu sekuat hati dan tunding jari pada diri sendiri serta teriak "aku yang bersalah. aku bodoh! maafkan aku!". Jika bukan pada waktu itu, sewaktu dihimpun di masyar nanti barulah kau mencari perempuan itu di celah berzillion umat daripada zama Adam AS hingga Muhammad saw. Aku tebak kau takkan jumpa perempuan itu, kerna hati dia yang kau lebur, sudah hilang deria rasa untuk mempedulikan kau lagi..

celakalah kau pada waktu itu malah lebih celaka daripada Pak Pandir yang merebus anak sendiri!

kau tak tahu nikmat mempunyai perempuan itu. kau tak tahu erti untung!


***************************

Boboy menyarungkan jeans ketat lalu butangkan kemas2, sarung juga baju hitam tersergam gambar Guns and Rosses ke badan kerempengnya dan bergerak ke meja solek. Boboy ambil kunci kereta Kancil perodua dan sepit keretek suria di bibir. Usai kunci pagar door rumah, dia segera menghidupkan enjin kereta kancil yang telah di-touch up kaler pink dan vrooomm vrroomm.. keluar dari garaj rumah sewanya.

Boboy memakirkan kancil pink nya di pot baekk punya. Betul-betul di selekoh jalan masuk ke bangunan Syarikat Minyak Pelincir Elixir. Boboy nampak sosok lelaki sedang berjalan keluar menuju ke kawasan parkir kereta di seberang jalan, segera dia hidupkan enjin kereta dan vrooom vrrooomm! Boboy menekan pedal minyak hingga rapat ke bawah. Muka Boboy tenang sahaja pada waktu itu namun urat merah di matanya segera menegang. targetnya adalah lelaki yang berpakaian pejabat tadi. Target Locked!

Bum!

Boboy memberhentikan pemanduannya. Pintu di bahagian pemndu dibuka dan Boboy keluar. tap tap tap.. derap kakinya merapati si mangsa yang sedang terbaring mengerang kesakitan. Boboy dengan slumber badaknya meletakkan kaki kanannya di atas badan lelaki itu.

"Kau, kau memang jenis tak sedar diri diuntung , tahu??!! huh!" 

pppuuuttuuiihh..! ludahnya ke tepi. hampir-hampir sahaja keretek suria yang berbaki mengenai lelaki tadi. dengan gaya macho habis Boboy melangkah masuk ke dalam kancil pink, menekan pedal dan berlalu pergi.

"dendam kau sudah berbalas. kau boleh pergi dengan tenang." ujar Boboy sambil merenung gambar bekas aweknya.

p/s: don't treat people for granted. nanti Boboy datang belasah kau, barulah padan muka!