30 October 2010

manalah aku tahu!


Salam.

"Cinta Fiq yang menggunung tu hanyalah untuk si dia je ke?" tanya seorang sahabat kepada aku. Berkerut-kerut dahiku memikirkan jawapan paling bijak untuk dibentangkan kepada sahabat tersebut. Hilang punca lagi. Neuron jem. Kalau aku jawab dengan pertanyaan seperti; "Kenapa? nak jugak ke?" mahu haru dunia ini nanti. perang Mesir-Malaysia la jawabnya. haha

"Aku tak tahu apa itu cinta?". Jawab aku ringkas. Yang menerjah kepala otak aku hanyalah Syurga Cinta, Ayat-ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih. Kesemuanya filem filem agak keislaman yang menyulam cinta paling indah dalam setiap scene yang ada, yang ajaibnya aku tak pernah khatam pon filem filem tersebut. Terasa bebal seketika.

aku rasa.. aku adalah orang-orang yang hanya mampu membayangkan perit-indah nya cinta. ekspresi hanya melalui dengan kata-kata pujangga. aku tidak berani selam dalam-dalam, takut lemas. 

Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka


Maksud Hamka sangat telus dan mudah. Jika kita salah memberi cinta pada bukan yang milik, memang parah. tengok Esah yang tengah frust menonggeng, puas aku pujuk, sindrom baharu putus cintanya masih belom pulih. bila aku kata "Esah, ustaz-ustaz dan doktor-doktor kat sini gantang-gantang belaka...udah-udah le tu menangis..", terus celik mata bulat budak bertuah tu. terus naik semangat. Profile picture di fesbuk terus letak yang cun-cun, mahu pasang badan katanya! hebat sungguh penangan cintaik..kan kan kan...

tapi kalau kita semai cinta pada orang yang betul, kelak membuahkan hasil yang ranum (sudah macam nak tanam pokok pulak teori sumbang aku ni..). memberi impak positif kepada kedua belah pihak dengan izinNya. cinta memberi semangat, kata Hamka lagi. kalau terjaga dari tidur semata-mata teringatkan si buah hati, terus buat solat sunat tahajud lagiiiiii bagus..kan kan kan..

tapi aku masih setahun jagung. masih berhingus bak kata opah timah. forum cinta bukan gelanggang yang tepat untuk aku tebarkan teori-teori yang menarik. tak boleh balas entri kasih sayang, nanti orang jelik, orang muntah darah!

jadi.. jawapan ultimate untuk sahabat yang aku gelar Cikgu Ali (cikgu ni pensyarah muda tau, ada misai kontot!kahkahkah..) adalah.....


aiidunno..lu pikirlah sendiri.assalamualaikum..!

p/s: aku ni pemalu orangnya..segan lah nak cakap pasai cinta cinta nie. tade pasal kena sebat ngan bonda, ate... tak ke haru nanti...? kehkehkeh

p/s/s: Cikgu Ali kata "Perjalanan masih panjang, kamu pon masih muda..jangan mudah membuat keputusan.".... haishh.. dalam makna kata-kata cikgu tu. aku mampu sengih kambeng sahaja. Chill sudah! :)

p/s/s/s: cinta manusia itu berbagi-bagi. ada untuk Sumbernya, agamanya, familinya, persahabatannya dan dirinya sendiri. cinta pada dunia takkan habis awak.. cinta pada akhirat yang bawa manfaat juak...