18 October 2010

Ku Mahu Kau Tahu

" Hokaih...hokaih.. testing one two, one two three..alif ba ta..pak aji  mata buta...."

Mat memuncungkan bibirnya ke arah microphone. Bibir yang disapu Lip Ais menonyoh-nonyoh permukaan microphone. Kata Mat, kalau tak mahu bibir naik kering dan aweks aweks cun lari bertempiaran kenalah sapu Lip Ais. Barulah jambuuuuu gitu. Habis pink garis-garis kepala mic itu. Pink macam bibir Lisa Surihoney dalam iklan tibi. Tak bulih jadi nie.. apahal taknak keluar bunyik nie.. getus hati Mat. Dicubanya berkali-kali testing..testing.. pada microphone itu. Sah, tidak berbunyi! Dibetul-betulkan kot hitam yang disarungnya tadi. Mat kata, kalau pakai baju kot hitama ala James Bond semasa persembahan, akan nampak gah! Nampak segak..!

" Bismillahhirahmanirrahim......." ah.. lega! kedengaran bunyi gema-gema lantunan suara Mat. Cubaannya kali ini membuahkan hasil. Mat berjaya akhirnya. Kata Mat lagi, kalau mahu urusan berjalan lancar, mulakan setiap perkara itu dengan nama tuhan. Dengan izinNya, mujarab. Mat sengih suka. Sengihan Mat menampakkan rongga kosong ditengah tengah barisan gigi paling hadapan. Mat pedulik hape. Mat memang suka sengih. Mat kata, senyuman bawa banyak rezeki.

" Lampu sport light tu.. cahayanya biar kena muka aku ni tau. Aku nak mereka semuaa tengok muka aku ni ha." kata Mat lagi. Sekelip mata lampu sport light menala ke muka Mat dari pangkin atas pentas. Mat angkat tangan kanan dan ujurkan ibu jari ke atas menunjukkan signal 'bagus'. Matanya segan-segan melihat ke hadapan. Silau lah pulak.... Kelihatan sebuah dewan bersaiz sederhana besar. Lantai pentas dimana Mat berdiri diperbuat daripada kayu playwood sahaja. Tiada tirai. Yang ada hanyalah pentas, lampu sport light dan beberapa baris kerusi merah yang berhabuk. Mat sengih lagi lebar. Microphone dah ada, lampu sport light dah ada, kerusi penonton ada...apa lagi yang tiada....

" Aku nak kerusi. kerusi yang lehernya tinggi tu.. ha.. aku nak gitar sekali. alah.. gitar kapok je..cap Silverstone pon boleh.." laung Mat. Matanya tertala jauh di hadapan. Pintu dewan tersebut ditutup kasar. Bum! Mat menelan air liur. Kelihatan halkumnya bergerak atas bawah. Mat hanya mampu sengih sumbing. Alah..performance aku..ikot suka aku lah.. nak bentak bentak kenapa! Rungut Mat. Kelihatan jembalang-jembalang hitam menghantar kerusi tepat dibelakang lutut Mat dan menghulurkan gitar yang dipesan tadi ke tangan Mat. Mat angguk tanda terima kasih.

Mat terus duduk. Dihenyaknya punggung sepapan itu ke atas kerusi hitam berleher panjang. Di tangannya sudah tersedia gitar Harmony Silverstone. Dipetik pula satu dua tali..dum dum dum..ayu bunyinya. Seayu brother Mofasad yang dia tenung dalam-dalam semalam. Tidak dia sangka, seganas-ganas brother Mofasad dengan jalan kangkang dan suara machonya, teserlah keayuan yang tiada tolok bandingnya! Oh.. come on Mat. back to reality will ya?! Ehem!

Bismillahhirahmanirrahim.....

" Selamat datang ke konserto Mat Kemat Kassan. Mat terharu sangat kehadiran kalian. Terima kasih Mat ucapkan." ucapan alu-aluan Mat berikan tanda warm welcome.

" Lagu yang Mat persembahkan ini amat bermakna buat diri Mat kerna lagu ini.. yalah... amat bermakna. U know lah.." ujar Mat lagi malu-malu. Mat mempunyai darah jenis A, jadi amat relevanlah jika dia berlaku malu-malu taik kucing. Di tubir matanya ada semacam cecair jernih. Mat segera sapu dengan hujung jari telunjuknya yang runcing. Rasa sebak menghurung segenap hati. Sabar Mat...Chillah!


" Untuk mereka yang bahunya jauh tapi didekatkan, untuk hatinya yang layu dipatah-patahkan, untuk kasih sayang yang tak terluak, untuk mereka yang jauh 8000batu di seberang sana. Ku Mahu Kau Tahu." suara jantan Mat keluar mengisi ruang empty dalam dewan tersebut. Lalu..greengg..petikan pertama berbunyi dan diikutui yang seterusnya. Mat nyanyikan lirik lagu tersebut sebutir sebutir. Mata Mat sedikit buka dan tertutup. Dia lirik penonton paling hadapan dengan ekspresi wajah ayu paling cemerlang. Renungan manja ala-ala korea selalunya menjadi buat penonton yang berumur lingkungan remaja. Sesekali peluh jantannya menitik, nervous! Inikan persembahan kali pertama Mat di dewan, jadi..normallah jika nervous!

Di sudut termenung jauh
Mengenangkan nasib kita
Kita miliki separuh
Berbentuk hati cinta namanya

Walau kau jauh
Ku sentiasa menunggumu
Inginku imbas kembali memori

Walau kau jauh
Ku berjanji kan terus tunggu
Dipisah lautan biru

Ku mahu kau tahu
Aku kan terus menunggu

Jaga benar gambarku dalam telefon bimbitmu
Jangan pernah sekali kau buang
Seperti cinta ini yang terbuku
Akan bersemi jua

Terus menunggu
Kita kan bersatu
Terus menunggu
Ku mahu kau tahu


Usai persembahan, Mat pon bangun dari tempat duduk. Sambil memegang gitar kapok ditangan kirinya, Mat buat tunduk hormat ala-ala budaya jepun. Tanda hormat. Mat berdiri tegak semula lalu tersengih panjang. Sedekah...kata Mat lagi. Berdesir angin meniup pasir-pasir lalu mengikut bentuk pusaran angin. Langit cerah berwarna biru sambil awan putih bergerak lambat-lambat. Dedaunan pon berayun sama mengikut deruan angin. Tiada kerusi merah yang berdebu, tiada pintu, tiada pentas , tiada lampu sport light yang menala tepat ke muka Mat. yang ada hanyalah matahari terik. Mat menepuk kedua belah tangannya tanda bahagia dan gembira. Dia hanya ber t-shirt hitam dengan perkataan Hujan berwarna kuning terang, seluar hawaii merah yang juga terang dan berselipar jepon. Tiada gitar kapok apatah lagi kerusi hitam berleher panjang. Dia lihat sekeliling, puas. Lalu dia pon beredar.



Mat Kemat Kassan kan memang begini.. chill lah!