30.10.10

Kelantan Menang 2-1, Paula The Chicks.tak rabun warna!


Nampak gayanya telahan Paula the Chicks benar belaka pada tahun ini. Dalam temuramah bersama geng 'Gomo KELATE Gomo' semalam, Paula telah menilik nasib perlawanan antara pasukan Negori VS Kelantan FA bagi merebut Piala Malaysia. Sebagai bukti, Paula telah mematuk bekas makanan yang mempunyai lambang merah Kelantan FA berbanding bekas makanan berlambang kuning iaitu Negori. pasukan KELANTAN FA membawa pulang dua jaringan gol kemenangan yang hebat daripada abe Hairuddin b Omar dan Mohd Badhri b Mohd Radzi berbalas satu gol jaringan daripada pihak lawan.

Bapak AYAM. pemilik Paula the Chicks.

Paula merupakan ayam betina ternakan Pdasz Muse yang berasal dari Kelantan *penulis kurang arif dari celah daerah yang mana. Paula telah diternak hingga melahirkan anak-anak ayam yang mungil2 dan comel2 belaka. kebolehan menilik Paula telah dikenal pasti sejak Pdasz Muse menjuarai pertandingan Futsal sambil Berkaroke yang dianjurkan oleh Nike. Setakat ini Paula masih hidup bahagie dan aman sentosa.

sebelum ini kita juga dikejutkan dengan binatang laut yang ajaib iaitu Paul, si kurita. spekulasi mengatakan bahawa tilikan Paul adalah kurang tepat kerana beliau cenderung memilih kaler kuning di setiap bendera. kata mereka yang kurang obses terhadap sotong lagi, Paul hanya bernasib baik. Namun mulut tempayan memang payah nak tutup, apatah lagi mulut manusia bau longkang tersumbat. sebelum kematian mendiang Paul si Kurita yang Hebat, team 'Gomo Kelate Gomo' telah berangkat ke German semata-mata untuk mendapat tilikan Piala Malaysia sebelum Paul menghembuskan buih-buih nafasnya buat kali terakhir.


"Saya pilih Kelate. Saya juga tak obses dengan kaler kuning, Ok?! blup..blup..blup..."

itulah kata-kata keramat Paul si kurita. kebolehan menilik beliau masih lagi berkesan sehingga ke saat saat terakhir. takziah bagi keluarga Paul.

setakat ini belom ada spekulasi tentang mana-mana peminat pasukan Negori yang menuntut Paula the Chicks  disembelihkan sempena menyambut Hari Raya Aidiladha.

sekian berita daripada saya, Fiqbukeoghekelate.

p/s: kelik jang kelik!!

kahkahkah!!