01 October 2010

Kabur; Terima Kasih

Salam.

Dalam hal menulis..melontar pandangan terhadap isu semasa mengikut acuan sendiri tanpa ada pengaruh obvious daripada pihak lain buat aku rasa kebal. Walau orang tak kenal.

Atau menggarap sesuatu yang yang terlalu abstrak hingga mampu menzahirkannya dalam bentuk paling relevan dan kreatif mampu menyenangkan hati yang gundah gulana. Walau orang tak kenal.

Bila orang dah kenal, orang tahu ini penulisan hampess, buat aku jadi kerdil yang amat. Aku tidak boleh jadi liar. Rimas diperhati dan diperinci. Mukabuku tempat meluah rasa sudah jadi fan-club. Serabut.

Aku yang awalnya membuat keputusan ini jadi kesal. Salah siapa jika spiderman mahu buka topeng elastiknya juga kan?

“Great power comes with great responsibility”

Aku punya power dalam dunia aku sendiri. Bila dunia aku yang kerdil ini telah diselongkar ramai, rasa kekok, rasa rimas, rasa bertanggungjawab.

Menjadi jujur seumpama tidak bermaruah, rasa seperti dibogelkan, dan tiada yang excited tentang itu lagi.

hidup dalam kabur kelabu asap
 umpama penghidap penyakit 'night blindness', aku hanya 'nampak' apabila dipimpin oleh 'jasad'.
dan jasad itu adalah kamu semua yang setia berada di sisi.
Terima Kasih