7.10.10

Jaulah Cairo ; Mahu bikin tumblr

Salam.

Alhamdulillah 6 Okt yang lepas aku joined lawatan/jaulah ke Cairo. Selamat pergi dan kembali.
Cairo terletak hanya 2jam perjalanan dari Zagazig.

Pinggir Zagazig
kawasan di mana Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya

Masjid Al Azhar 
depan Masjid Al Azhar
yang pakai spek supa lalat tuh..aku tak kenal..kowang kenal??
hakhak

posing

mimbar yg menyeru semangat warga kaherah untuk berperang pada satu ketika dulu

jam tertua di dunia


 Masjid Hussin
Masjid Hussin

makam Saidina Hussin; cucu baginda Muhammad s.a.w
dikatakan hanya kepala saidina Hussin yang berada di sini.



 Pasar Hussin
Pasar Hussin yang terkenal

tulisan ayat al-quran di atas kulit animal

tukang ukir emas plate

sauvenir

mau beli baju belly dancing? ada dijual di sini ya adek maniiiss..

tempek pada peti ais

animal skin. fresh!

 Masjid 4 Mazhab
penerangan oleh Ustaz di Masjid 4 Mazhab aka Masjid Sultan Hassan

awek cun!
kat sebelah..

dihadapan pintu Mazhab Syafie


Kubu Sallehuddin Al Ayubi
Masjid Ali

interior of Masjid Ali

i called it 22 poles

baca lah!

Cairo from Sallehuddin Fortress


Ibrahim the Great

 Makam Imam Syafie

di luar Makam Imam Syafie
lihat ada lambang bahtera di kubah makam ini. menunjukkan bahawa betapa luasnya ilmu Imam Syafie.
here..i did get a picture of bekas tapak kaki of Nabi Muhammad s.a.w but unfortunately it's so blurry plus it's almost Maghrib at that time and the lighting is very poor. aku cium bau wangi. aku jadi takut. 
tidak tahu mengapa.
imam syafie didatangi Rasulullah s.a.w di dalam mimpinya. baginda mendakwa jika mahu melihat bekas tapak kakinya, pergilah lihat di sebuah batu. ternyata bangkit sahaja daripada tidur, Imam Syafie lihat ada bekas tapak kaki di batu tersebut. 
kawan-kawan,kita tidak boleh menafikan mukjizat, kerna ianya benda ghaib.bila lihat dengan mata kepala sendiri, yang aku mampu buat hanyalah diam.

Masjid Ibnu Amru
at Masjid Ibnu Amru, the oldest mosque in Africa.

credit to Nash and Aisyah kerana sudi jadi model and sub-photographer untuk jaulah kali ini. semua pakai camera henpon 3.2 sahaja. plus, aku tak suka edit gamba. so what u see is what u get lah. banyak benda nak cerita based on tempat2 yang aku pergi ni. kepenatan sangat bermaharajalela habis sahaja jaulah ini. ada orang kata aku sakan pergi joli. selagi boleh kata, katalah!..berada di bumi firaun, aku hanya perlu redha dan sabar dengan musibah yang melanda. antara musibahnya adalah fitnah.

kesimpulannya, aku mahu ajak korang..kawan2 especially malay muslim untuk datang ke Mesir. dekatkan diri dengan sejarah perkembangan Islam. selami agama anda sendiri. aku bersyukur dan berterima kasih yang amat kerana diberi peluang ini. syukur kepada Allah kerana menunjukkan aku jalan yang diredhaiNya.

di sini aku ingin menegaskan. ini semua bukan propa atau riak bangga semata-mata. inilah ruang perkongsian dan penghubung. walau bukan semua, pasti ada satu paparan yang mengusik hati anda untuk teruskan perjuangan untuk lebih mengenali asal usul. menyaksikan pertumbuhan dan tinggalan sejarah di hadapan mata adalah sesuatu yang menakjubkan.

seperti contoh..sewaktu aku di makam Hussin..pada waktu ini aku rasa amat dekat dengan junjungan rasul kita, Muhammad s.a.w. aku berada di makam cucunda kesayangan baginda. sebak,sedih.,sesal,gembira,marah semuanya bersatu. saidina Hussin dipenggal kepalanya sewaktu berjuang di jalan Allah di bumi Palestin semata-mata untuk menyelesaikan perbalahan antara dua puak islam di sana.
ironinya, sehingga sekarang bumi orang islam masih bergolak hanya kerana perbalahan dan salah faham. Dan perkara negatif beginilah yang menyebabkan kita kehilangan salah satu penyambung zuriat Rasulullah s.a.w.

Jadi, apa lagi yang kita mahu korbankan untuk memuaskan tuntutan masing-masing? Berebutkan sesuatu yang pasti mendatangkan laknat Allah hanyalah suatu kerugian. Demi masa dan Bumi yang berputar pada paksi yang sama sejak mula kelahirannya, katakan pada diri sendiri, di mana akhirnya matlamat kita sebagai individu dan masyarakat? Adakah akhirnya di bumi semata-mata?

aku pasti di atas sedar, jawapan hipokrit versi SPM diberikan. kan?



sekarang aku dalam usaha nak bikin tumblr...mahu semak gamba2 yang aku dapat sepanjang aku di sini. tensen aku nak sumbat gamba banyak2 kat blog ni. ni smua asada punye pasal.. nak sangat aku sumbat dlm blog nie..
Selebihnya aku tarok di mukabuku dan nantikan tumblr aku insyaallah.
sebarang kesilapan fakta adalah kesilapan penulis. yang hanya mampu dengar, lihat dan simpan di  kawasan 18,19 dan 22 dalam bahagian otaknya.