14 October 2010

It's so shitty to me.

"Dia sudah lain...."

Bumi masih lagi berputar pada paksinya saat aku ungkap rasa ini melalui gerak bibir yang masih berdaya. Antara dengar atau tidak. Lidah seakan beku dan kelu. Aku tenung imejan yang wajahnya ada terpampang di dada cik acer. Bergelimpangan ada wanita-wanita indah di mata dia turut bersama. Sesak. Naik semak mata aku lihat! Melampau sangat! Tidak boleh diterima akal!

Dang!!!
Aku lempar cik acer ke tepi lalu jatuh ke lantai. Desah nafas naik tutun naik turun seakan menggila. Aku letakkan  tapak tangan di dada kiri. Berdegup kencang habis. Aku bangun lalu aku tendang kerusi beroda tiga hingga jatuh terbalik. Bergerak ke katil lalu aku capai bantal gebu dan campakkan ke lantai karpet. Aku injak puas-puas seumpama aku menginjak umpama wajah tak tahu malu itu! Tak cukup dengan itu, aku kepal-kepalkan penumpuk di udara lalu dush! dush! dush! bertalu-talu tumbukan padu aku amukkan pada bantal gebu tadi hingga terkeluar isi putihnya! Geram!! Dada pon berombak kencang, menyedut-keluar nafas naik turun. Gigi sudah terkatup rapat, pipi bergetar dan peluh memercik membasahi permukaan kulit. 

Arghhhh......
Puas..! Aku baring di karpet biru. Lelah dan lemah. Alangkah indahnya jika aku tidak begitu waras dan sanggup melakukan angan-angan mat jenin aku tadi. Siaaalan. Pasti aku pula diamukkan Esah dan Nash kerana menghuru-harakan bilik. Tak pasal-pasal kulit mulus aku ni calar balar! Aku pandang cik acer sekilas. Masih terpampar wajah suka beruk makyeh tersebut. huh~ menyemak! Tup! Aku katup screen cik acer. Muak melihat kelakuan tak tentu kalu dia. Naik jelik! Aku beredar ke dapur. Grap todo (kek cokelat mini yang dijual di sini) lalu kunyah sampai lumat. Aku telan paksa hasil kunyahan melalui kerongkong. Rasa kesat. Aku teguk tufah nectar(pati epal) laju-laju. Lega.

Waras.
Saat kewarasan aku kembali bergendang, aku mulai berfikir, atas dasar apa yang aku meluat sangat lihat dia dalam gambar itu tadi. normallah jika jantan keluar dengan betina! normallah jika jantan berlagu bahu, berusapan kulit tangan dengan betina...kan? zaman sekarang semua halal. buang bayi bukan lagi kerja buang tabiat. dah jadi kerja 'halal' di mata rakyat! tapi...sudah bertahun kami berkawan. Selama ini hanya karektor lelaki yang ada pada dia. Dia bukan jantan. Lelaki tak sama dengan jantan. Jantan bertuankan nafsu, berkiblatkan maksiat. tapi lelaki, punya kewarasan akal, punya agama yang dianuti dan lelaki pada konteks mata zahir aku adalah imam; yang memimpin ke arah jalan yang benar!

terkilan.
kenapa dia sanggup buat begitu? kenapa? adakah kerana dia sewaktu dulu pernah menjadi khalifah yang disegani dan ikutan orang ramai jadi kini dia membalas dendam. mahu lunas segala hasrat yang dah lama terpendam. "maybe he loves being a dickhead? Kita tak tahu.." pujuk Nash. aku geleng kepala tak setuju. kenapa aku tak berpuas hati dengan kesenangan orang lain? adakah ini namanya dengki? dengki tidak dapat bergesel bahu dengan orang semacam dia? TIDAK. itu bukan aku untuk menyimpan dengki dengan dosa orang lain.

cakap tak serupa bikin lah lu!
aku panas..sebab dulu dia kata lain, sekarang dia buat lain. dulu dia tak sentuh, sekarang lebih daripada sentuh. pegang, ramas, ulas..arghh..! Aku kenal dia dulu. Dia antara 'malaikat' yang mendorong aku untuk meniru sifat persis bidadari. untuk berlembut dalam setiap ketegasan. untuk menjadi yang terbaik untuk diri aku sendiri. tapi sekarang, dia yang makan ludah. dia yang tak kota apa yang dia kata. Sedih, perit.

mungkin ini jalan yang dia pilih. usah usik tepi kain orang.kelak tersingkap aib sendiri! Patutkah...?
Dimana ilmu agama yang dia sebarkan kepada aku dan rakan-rakan? Ghaib?

kalau ghaib jawapannya...samalah jawapanku jika dia tanya dimana hilangnya hormat aku terhadapnya.


" Hormatku terhadapmu sudah lama ghaib. Ghaib bersama-sama kelakian kau, teman."



stop being a dickhead, will ya?!


Think you know everything
You really don't know nothing
I wish that you were more intelligent
So you could see that what you are doing
Is so shitty, to me

Thirty five
People couldn't count
On two hands the amount of times you made me stop
Stop and think why are you being such a dickhead for





kau mesti pernah kecewa dengan teman. terkilan lihat teman yang sedang menuju kedewasaan yang salah dan pudar. ya..sama seperti aku. bezanya aku tidak menurut kata nafsu. ada tapi sikit. bukan banyak..kadang-kadang tak luak. aku kecewa lihat teman aku sudah buka topeng manusianya. aku kecewa! sebab dia ada potensi untuk menjadi khalifah yang baik. dia punya potensi untuk memimpin isteri dan anak-anaknya kelak menjadi yang terbaik. namun yang nyata, dia hanya silap cuba jalan.