27 October 2010

IN-DIE


Salam.

Anda sihat? Aku sihat.

Sudah lama tidak menulis panjang, mungkin sedang mengalami sindrom hilang punca. Tidak, bukan hilang punca macam pipiyapong but more to hilang punca gaya IN-DIE. Alexiaaqram kata isi entri aku semakin IN-DIE… celah mana yang in-die sangat pon aku tak tahu lah..celah ketiak kah? Celah rambut kah? Semalam Nash ada tegur aku.. “Apa pasat entri ko sejak dua menjak nu macam gaya orang nak mampuih je tak lama lagi?”. Aku cuma boleh angkat bahu tak tahu. In-Die? In dying? Gasaklah! Aku…err..entahlah!

Perubahan cuaca di Zagzig tidaklah begitu mendadak. Namun begitu, angin musim winter telah menerjah secara perlahan-lahan bumi Yusuf a.s ini. Nak mandi pon tak senang-air sejuk sangat. Contoh terbaik seperti kelmarin... Seperti biasa bibik aku – Esah akan gerak kami semua bangun tidur (permaisuri Misr mestilah ada bibik! Kahkahkah!!) alkisah bibik terhormat aku tu ketidoran lah pulak. Jadi kami semua terlewat ke kelas. Bangkit sahaja dari pembaringan aku capai towel, meluru ke toilet, tonyoh2 mata dengan air sejuk, bersugi dan terus sarung jeans untuk ke gamaah. Mujur aku tengok Bujang Lapok P Ramlee sebelum terbang keluar dari Malaysia, ada jugak manfaatnya. See kawan kawan.. tengok saja tak jadi..kenalah aplikasi!!
Memang teruk betoi ko nie tahu tak??!! Grrrrr…

ok2.. berbalik pada topik asal iaitu IN -DIE. Aku nak buat pengakuan besar. Aku agak tensi berada di sini. Seolah-olah tangan malaikat maut selalu ada di leher aku sahaja. Mana tidaknya aku kata begitu..hari-hari diancam dengan cubaan bunuh diri secara paksa. Ok fine lah.. I wont put it as cubaan bunuh diri but more to jihad fisabilillah..

Ceritanya begini.. tiap kali aku melangkah keluar dari rumah sewa bersama-sama Nash and Esah (housemate) untuk ke gamaah (university), kami kena naik pengangkutan awam namanya tremco. Masa ni tawakal sahajalah dengan wudhu yang aku bawa dari rumah, sebab time nilah dugaan paling kuat sebab bersesak-sesak. Kadang-kadang ya, kadang-kadang..ko boleh terserempak dengan Maher Zain punya spesies kat sini..nyahh aii tell u what..aii tak risau dia naik hantu nyahh..aii risau aii yang naik hantu! kihkihkih..! Bukan apa, takut terbatal jika tersentuh kulit lelaki yang sah-sah bukan mahram aku.  Ambil je lah wudhu kat toilet gamaah, apa susah? heart to heart aku nak kasi tahu ko..egyptian ni..aisshh.. akhlaknya..kureng sikit ya.. kebersihan ini kadang2 bukan sebahagian daripada iman mereka.. still..inilah lumrah yang aku harus tempuh. :)

Habis godaan  dugaan dalam tremco, nak melintas pulak jalan kat Misr ni gayanya MEMANG membunuh diri. Jadi, aku akan mengucap awal-awal dalam hati, takut tak sempat sampai seberang jalan pulak nanti! Zebra line takde maknanya kat sini. Masa aku melintas jalan, kenderaan lain bukan tahu nak perlahankan kenderaan..lagi dia speed adalah! Masa ni aku tak piker lain..kaki aku yang pendek macam Kate Moss ni boleh jadi panjang macam Husain Bolt. Rasa nak jet kasi pecah cermin pemandu tu pon ada.. Bukan apa, malaslah aku nak tunjuk ilmu yang aku tuntut dengan Jackie Chan kat tempat orang nie ok... Kalaulah kat Malaysia ada gaya pemandu begini, huh, memang wa kapak je kepala lonjong lu tu,tahu??!

Buat pengetahuan korang, aku dan dayang-dayang bunting dua orang nie memang bersabar sangatlah dengan ancaman bunuh setiap hari. Memang sipi-sipi nyaris-nyaris je..and kalau aku selamat sampai ke rumah sepulangnya aku daripada gamaah, oh..bersyukur lah anda semua! Penat tau kena ancaman bunuh ni setiap hari..boleh mati depressed je satu hari nanti.. Echen..cakap macamlah aku ni penting sangat kat dunia ni..hehehe.. Nyawa kan ada satu je..mana ada spare part jual kat BROTHERS.

Tak dinafikan bahaya ada di mana-mana..even kat Malaysia pon. But this is the atmosphere that I have to adapt in  and deal with from now on. Tapi come on lah..tiap-tiap hari aku terbayang body aku tergelek je bawah tayar bus, tremco, ko tahu? Ada je aku terbayang aku terbang melayang sebab kena rempuh dengan teksi kat sini (teksi driver memang kuang ajar!). Kalau aku terbang melayang macam tu pon..bukan ada prince charming pakai kuda putih nak sambut pon..keldai banyaklah kat sini..kuda putih mana nak ade…hurm..

Mungkin sebab-sebab inilah yang membuatkan aku rasa IN-DIE sangat..

Aku dah pesan pada Esah, sekiranya jadi apa-apa yang berlaku pada aku..aku minta dia buka dan simpan elok-elok gelang yang aku pakai sekarang.. Hadiah pemberian Bonda. Gelang itu sahajalah yang aku ada untuk ubat rindu aku pada bonda.

makan eskem lagi best, tahu?!

chau chin chau