2.10.10

Hari semalam tak sama dengan hari esok.

Greetings.

Waktu aku berumur 4 tahun, hari-hari aku Tanya bunda, “bila aku boleh ke sekolah?”. Bunda kata “tahun depan”. Aku cemburu lihat Nana pakai seragam siap-siap mahu ke sekolah. Rasa macam aku mahu rampas beg dia dan aku mahu sarung kasut sekolah conbes kaler puteh line merah tu. Aku benci tengok diri tak boleh ke sekolah. paling kuat pon aku berdemonstrasi dihadapan garaj rumah sambil laung “aku mahu ke sekolah..!” tapi ofkoslah..dibohlayan oleh bunda. Aku juga bukan budak cengeng suka nangis. Air mata adalah sesuatu yang tiada fungsi untuk keluar. Aku budak hati keras.

Sekarang aku dah besar. Tumbesaran naik berkali ganda since umurku 4tahun. Rasa eksaited sudah tidak seperti dahulu; Eksaited mahu ke sekolah. Tambah pula aku tercampak ke negeri orang. Air mata sudah tidak beku bila rasa rindu mahu berdemo itu membuak-buak. Ada masa air mata rembes sesuka hati. Kawalan emosi kadang-kadang jatuh pada ground zero. Habis-habis marah, aku ratah buah anggur. Buah anggur bumi firaun ni manis ringan, bukan manis pekat. Anggurnya kurang sesuai dibuat arak. Kalau diperam pon takkan rasa enak.

Macam otak aku ni..dah lama diperam dengan segala macam ludah dunia. Dah naik karat. Aku takut ilmu segan nak masuk. Esok, mula start kuliah. Neuron masih lagi lembab nak trigger satu persatu info. Lembab macam monarel.

Acara jimba jimba di tengah hati Kuala Lumpur sudah lama aku lupus dari planning mingguan. Dahulu rajen juga aku jengah pasar seni. Lihat art yang masih ada. Aku terkenang lihat M. Nasir berada di tengah lapang sambil bermain gitar kapok. Dia main tenang sekali sekala rambut lurusnya beralun, ikut rentak music yang dia mainkan. Atau jengah the Annexe..bau-bau rokok buat aku nampak bayang kumpulan-kumpulan tempatan bermain music. Kadang-kadang bau rokok tu bukan menusuk seperti biasa..bau seperti stoned. Sengih. 

Sini mana ada jimba-jimba. Boleh, hanya sekiranya kau adalah manusia yang bawak berjuta-juta sperma bersama -sama *lelaki*. Lelaki di sini suka gesel-gesel sama laki laki sahaja. Semalam aku lihat lelaki remaja gesel dagu kanak-kanak lelaki. Perkara luar alam ni aku belom biasa lagi. Lagi satu, sini mana Annexe. Mahu bergasak hanya dalam tremco. Sini cigarette kurang kelas, lagi kelas kalau sedut shisha dan hanya si pembawa sperma sahaja yang boleh sedut shisha.

maaf, otak aku sedang alami musim histo dan fisio. 

Telinga mendengar Estrella bermain Ternyata buat 360kali rotate.

Ternyata indah.