22.10.10

Hapuskan Dosa.

Mana datangnya arah cahaya? Aku mahu kekal pegang pada paksi yang satu biar ikatan utuh di pergelangan dan genggam jangan biar lepas.

Terkadang manusia membuatkan aku jelik. Payah hendak diungkapkan dengan kata-kata kerna kata-kata sendiri lebih mulia daripada bangsatnya hidup seorang manusia. Mengkuis pasir di pantai dengan hujung jari kaki, melukis wajah rupa jumudnya hidup seorang manusia itu tanpa adanya cahaya. Hasilnya jelas, buruk! Bobroknya manusia itu seperti ada lubang-lubang antara celah celah butiran pasir, terlampau telus hingga hilang malu dan waras akal. Mana pergi, aku pon tidak tahu.

Jadi aku tekad untuk tidak mahu hidupku dilabel bangsat. Kesimpulannya satu; cahaya mesti sentiasa menyinari denai yang aku lalui agar aku-yang tak mahu dilabel bangsat ini-tak tersalah masuk lorong. Adapon lorong itu menawarkan aku kepuasan nafsu, keberadaan status, nama dan kenikmatan syurga dunia. Lorong-lorong dikhabarkan menyerupai wanita cantik lagi mungil fizikalnya (atau dalam kes aku, mungkin zahirnya seperti lelaki kachak, berketul dan tampan), namun dibelakang tubuh wanita itu bolong! Seperti sundel bolong-penuh ulat pemakan dosa manusia! (atau belakang lelaki tersebut bongkok, huduh dan berkerutu kulitnya!)

Tapi...cahaya itu selalu lari daripada aku. atau mungkin sahaja aku yang lari jauh dari cahaya tersebut.

sesal.

Jadi, aku mahu ketemu terus dengan sumbernya. Biar aku ikat terus jasad ini dengan sumbernya! Ikat ketat-katat biar jangan lepas!

Mahukah sumber itu dengan aku? Jika dia mahu, pasti dia sudah lama angkat aku ke atas. 

Aku sedang dihukum, mereka suruh aku sucikan dosa dahulu sementara masih ada angka yang berdetik di dunia ini. Tapi dosa, tetap dosa. Mana mungkin dosa menjadi sesuatu yang suci. Jadi frasa terbaik adalah menghapuskan dosa. kan? 

Baiklah.

Hapuskan dosa..hapuskan dosa..hapuskan dosa..hapuskan dosa..


Arwah..matinya insyaallah di jalan yang diredhai Tuhan. Perginya di denai yang dilimpahi cahaya. Mati aku..? tidak tahu.. Di mana matiku? tidak tahu. Bagaimana matiku? pon tidak tahu!