12 October 2010

Diam - Diam Jatuh Cinta

Pendahuluan.


Seperti semalam, hari ini aku lewat lagi ke gamaah(universiti). Jam 8.30pagi baru bertolak keluar dari kawasan perumahan menuju ke jalan besar sedangkan kuliah akuan bermula tepat jam 9pagi. Aku, Esah dan Nash terkocoh-kocoh menahan tremco (bas mini-pengangkutan awam). "Mustashfar gamaah?" laung aku kepada pemandu tremco yang bermaksud hospital universiti. "Aiwa.." jawab pemandu tersebut mengiakan pertanyaan aku. Pantas kami masuk ke dalam perut tremco tersebut. Lega. Duit segenih(satu pound LE) aku hulur kepada pemandu tersebut. Aku suka menikmati angin pagi. Tremco yang dibawa laju buat angin sejuk keras menampar muka aku. Sesekali aku lirik mata ke belakang, rasa ada yang memandang tajam. Tak senang. Pedulilah.. Kurang 10minit kemudian kami sampai di kawasan Ghafur Zain. 

Juga seperti semalam. kami terpaksa mengharungi trafik jalan besar dan melintasi jambatan Sungai Nil untuk sampai di kawasan gamaah. Namun nyata berbeza pagi ini, Nash jatuh bergolek saat turun dari tremco. Hati aku sebagai sahabat baik tersentap sebentar. Buru-buru aku mendapatkan Nash, membantunya bangkit semula dan memarahi pemandu tersebut kerana tidak memberhentikan tremco dengan elok sewaktu menurunkan penumpang. " MALAK ENTA??!!" . Syukurlah Nash tidak parah. Esah pula membebel panjang menyumpah seranah pemandu tremco terbabit. Nyata, bandar Mesir ini sudah menunjukkan belangnya. Hari tak selalu indah kan? Aku beristighfar panjang dalam hati. Nash kuat..jadi aku tidaklah walang sangat. Kami meneruskan perjalanan seperti biasa.

Usai kelas praktikal selama dua jam, buat aku legaaaaaaa sangat dapat keluar dari kepungan organ-organ yang dikurung dan terpamer. Namun selera makan aku tidak mati. Akibat tidak sarapan, perut jadi pedih. Berdentam-dentum sejak dalam kelas. Terpaksa aku kaber-kaber menyorokkan bunyi konserto perot. Cadburry Chocolate stick menjadi pilihan segera. Sedang enak  meratah cokelat sekali lagi rasa meremang itu datang. sama seperti pagi tadi. aku perhatikan sekeliling. mataku yang hampir bulat meliar di balik lensa GA Blue brown, menjamah setiap jasad yang ada di sekitar. sungguh, aku tidak betah di ganggu begini. seakan ada sharp shooter yang sedang menghalakan laser merahnya tepat ke arah aku. Nyata, semuanya membuat hal sendiri di perkarangan cafe tersebut. Ada yang bercerita dengan penuh perasaan, baju Raihan kaler biru, bergelak tawa, bermain futsal, berpegangan tangan dan memeluk pinggang sesama kaum lelaki; pandangan norma lagi lazim, tapi masih, bulu roma yang meremang tadi tidak turun-turun. 

"ko ada rasa apa yang aku rasa Esah?" tanya aku pada Esah. Comot krim cokelat bertempek di pipinya aku sapu perlahan dengan helaian tisu. Nash memerhati gerak laku aku dengan ekor mata yang tajam. "apa..? comotlah!"balas aku pada Nash. Pandangan penuh bermaknanya bikin aku jelik. Esah menggeleng laju.
arghhh..Gasaklah! Baki cadburry stick aku sumbat rakus ke dalam mulut. Segera aku ke kelas yang seterusnya.

Tiga subjek core setiap hari dengan jam kredit yang maha panjang, membuatkan punggung aku tidak betah lagi untuk berlamaan di gamaah. Rasa tepu, mahu muntah! Jadi waktu pulang satu sahaja misi yang bertapak di kepala, PULANG! Dalam kesibukan trafik dan hiruk pikuk manusia berjual beli di luar kawasan gamaah, aku tenggelam dalam dunia sendiri. Hilang dalam ramai. Pergerakan minda terlalu perlahan untuk aku tangkap satu persatu motion manusia. perbualan Esah dan Nash seakan angin lalu di cuping telinga. Hanyut.

Baju Raihan berwarna biru melintas pandang. Seakan baru sedar dari mimpi ngeri, aku cengkam pergelangan Esah dengan kejip. Aku ada misi baharu, siapa dia? Esah mendongak melihat aku (tinggi Esah kurang 10 sentimeter daripada aku, harap maklum)
" Awat?" tanya beliau dengan longhat perak-kedah. pandangan aku masih di hala ke arah yang biru itu tadi. Esah paham, terus pandangannya cuba ditala ke subjek yang sama. "Siapa?". Nyata..penglihatan Esah kurang menjadi ketika itu. MISSION FAILED!


Yang biru tadi hilang dalam ramai. yang nyata, dia punya sepasang cermin mata dan earphone putih. mana mahu jumpa pembawaan diri yang sebegitu di sini? lagi pula..ada rasa yang sama seperti tadi..yang menganggu gugat ketenteraman aku. Bahagian otak di bahagian 18 dan 19 (yang menyimpan memori) segera replay objek objek yang aku saksi lewat pagi tadi. Yang ada..kawanan makhluk putih yang bercerita dengan penggayaan ala Karam Singh Walia, pemuda di tepi koridor berbaju Raihan biru, dua orang pelajar arab perempuan bergelak sakan, sepasukan remaja bermain futsal dan... ya! Yang berbaju biru itulah..! Ada senyum nipis terukir.

" Ko senyum kat sape?" soal Nash. tiada..jawab aku geleng kepala. " Mou-oaf?" laung aku kepada pemandu tremco. Anggukan kepala sudah memadai. Aku pon naik. Esah dan Nash turut segera memenuhkan ruang dalam tremco tersebut. Meninggalkan kebingungan mereka di belakang. Diam-diam jatuh cinta dendangan Ramlah Ram berdentam-dentum dalam tremco tersebut. Aku kira pemandu tremco terbabit pasti peminat Ramlah Ram dalam diam. Pemes juak Ramlah Ram di Zagzig ni.

" Gempaklah..sohor jugak Ramlah Ram kat sini, kan? budak malaysia manalah bagi lagu tu suh pak arab pasang..paham ke tak pak arab tu.." ujar aku sebaik sahaja pintu rumah ditutup rapat. sengaja aku ajuk nyanyian Ramlah Ram sambil kaki menjejak ke bilik.

Jeling-jeling.. kau menjeling
Senyumanmu menggoda..
Lama-lama.. dalam diam
Aku jatuh cinta.. 

dari dalam aku dengar Esah dan Nash berbual di ruang tamu.

"Sah Fiq dah biul. mana ada lagu Ramlah Ram dalam tremco tadi! kahkahkah"

"haa...engkau yang jatuh bergolek-golek pagi tadi, dia pulak yang tak center hari ni..kahkahkah."

cis...! apekah??


bersambung...