20 October 2010

Breaking The Habit

Salam.

Jika orang ajukan soalan kepada kita tentang pengaruh rakan sebaya, kita boleh jawab dengan tenang, lancar. Cukup segala makraj, sabdu dan kadang-kadang berlagu. Kita terlalu hafal jawapan skema sampai terlalu spontan kita boleh tulis dengan lengkap lebih daripada 350 patah perkataan dalam peperiksaan kertas Bahasa Melayu Penulisan SPM. Kita tahu benar pengaruh rakan baik yang positif mahupon negatif. Kedua-dua sifat yin dan yang ini sedikit sebanyak boleh menentukan hala tuju, perilaku dan perkembangan jaringan sosial seseorang itu; sihat atau tidak.

Persoalannya, sejauh mana kita cakna dengan kesan pengaruh rakan sebaya/tidak sebaya ini dalam kehidupan sehari-hari?

Kalau tanya aku, ya, hari-hari aku cemburu sangat lihat seorang dua rakan sekelas yang advance dalam kehidupan mereka. Bukan pelajar perempuan tetapi lelaki. Aku prone memerhatikan gen Y. Mata aku macam ada magnet dengan aura mereka. Entah tak tahu mengapa. Aku cemburu lihat mereka sangat macho dalam pembawakan diri dan tenang ketika belajar. Nikmat sungguh apabila prof yang mengajar ingat nama mereka, sedar akan kewujudan mereka dan ambil berat dengan apa yang bermain dalam pemikiran mereka. Tak semacam aku yang fikirannya berkeladak, selalu melayang dan tidak serius ketika menelaah. Mudah distracted. Apabila distracted, aku jadi frust. Bila frust, aku menonggeng, habis menonggeng aku jadi serius semula dan begitulah cycle seterusnya.

Jadi, apabila melihat sahabat sekelas jadi begitu gah tadi, aku mula tiup api semangat dalam diri sendiri. Tengok dia makan, aku makan. Tengok dia minum, aku minum. Tengok dia pegang pen, aku dah mulai menulis. Tengok dia study, aku dah khatam satu chapter dah. Tengok dia termenung, aku zzzzzzzz... Advance kan..biasalah! Tapi bila tengok dia pegang batang rokok, nafsu aku mulai turun mendadak. Rasa mual. Tune balik pemikiran kasi up sikit, biasalah..manusia ada kelemahan dan kekurungan mereka sendiri. Aku kan dah besar, pandai pikir. Takkan dia isap rokok, aku nak isap shisha pulak (oh..shisha memang bersepah di sini) itu namanya melampau, bukan advance! Jadi sama ada kawan atau orang keliling kelalang ni memang boleh tinggal efek yang dalam.

Tengok kisah semalam, kan dah kurang ilmu sejengkal apabila rajin tak bertempat, mahu try test line tube merah dan awakjizz di tanah firaun ni. Nasib baik ustaz-ustaz indonesia (jiran sebelah) tidak serbu rumah aku dan tarbiyah habis-habis. Sebelum ada yang fikir lebih dalam, aku pangkah awal2 tab tersebut. Tak layan dan tak terlayan. full stop.

Jenuh kalau nak melayan kepala orang lain sedangkan kepala sendiri pon dah tak terlayan. Aku mungkin dalam proses melangkah ke alam kedewasaan. Bezanya, portal hendak ke alam dewasa itu belum appear lagi. Masih jauh di hadapan.

Therefor, i'm Breaking The Habit. Aku tak biasa membandingkan diri dengan orang lain. biar aku ikot cara aku biarpon terpaksa bernafas dalam lumpur.



p/s: Kepada yang mahukan komen wa tentang video maria ozawa tu, mintak maaflah wa tak layan. bagi wa, maria ozawa patot pencen awal.sekian.