18 September 2010

Tuah Berbaju Kurung Merah di Malam Terakhir.

Salam

Malam ni malam terakhir  aku ronggeng di Kolumpo. Aku singgah tempat command rakyat tempatan selalu melepak dan mencuci mata; pasar malam. Setiap malam Isnin dan Sabtu mesti aku ronggeng ke sana. Kalau tak pasal wantan goreng, aku jalan tengok manusia bersesak. Suka.

Malam ni malam istimewa. Aku berpakaian baju kurung kaler merah sambil jalan gedik gedik manja. Dari jauh aku lihat tak banyak gerai yang dibuka. Gerai jual apam ada. Lagi aku senyum suka. Aku tahu abang jual apam tu syok kat aku since aku lepas Spm dulu. (Abang tu punye kuit macam sam shaheizy..nyahh…kuit betoii..hahaa.) Macam aku tak kenal lirikan gatai tu; sama macam lirikan mofasad bile dia nampak aku. Hahaha..

Kali ni lain sikit, abang apam berani tegur. “hye…”. Aku senyum sambil mata juling.hangauuuuuuuuahahahahaha.. sempat dia beri apam seringgit. Alhamdulillah..tuah baju kurung merah.
Selesai bertentangan mata, aku teruskan pencarian wantan goreng. Nasal cavity tak begitu membantu sebab aku demam selsema..kalau tak..sebatu aku dah boleh bau wantan goreng. Hampa. Tak jumpa.

Round punya round , aku terpana..kekasih lama di depan mata! Hekhekhek..taklah..senior aku di zaman sekolah dulu rupanya.. nama beliau Hyze Azri. YES..nama yang takkan aku lupa (Macam nama Mohd Farid Sadri..yes..aku takkan lupa nama tu..jugak) . Mata kami bertentangan,sekali dunia berputar perlahan..dah macam citer matrik! Dia senyum, aku pon! Haisyyyyyyyyyyyyy…! Tuah baju kurung merah lagi.
Kuch kuch hota hai?

Nehi..nehi…kabhi nehi!

Kisah lama..biar saja…hahahhahahahakktuihh..

Malam ni aku syok sendiri dibuai angin sepoi sepoi bahasa. Aku tenggelam dalam peluh orang ramai di pasar malam. Malam aku tidak berakhir di pasar malam sahaja.. tuah baju kurung merah membawa aku ke rumah terbuka seorang jiran. Untung-untung aku dijamu soto and nasi dagang. Feberet.... feberet....nyum nyum nyum....! puas makan, dihulur pula duit raya! mak aiihh..lebat rejeki aku malam nieh.. syukur..! Bergerak pulang ke rumah.

Pagi esok nak berangkat dah. Biarlah malam ni tuah baju kurung merah bawa aku ke dunia lama. Malam ni si dia mahu telepon puas2. Sampai bengkak cuping telinga katanya. Pesan Alvin, sampai sahaja Mesir, anytime aku boleh on9, first thing, aku kena bagi repot kat wallpost fb dia (Ceyt! Yang utama mestilah didahulukan Alvin..mana boleh potong line..! hahaha..)..tak mungkin mudah aku melupakan ayam kampung walau unta di sana segak belaka..tapi yalah, ujian datang bertimpa..aku cuba!

kepada Kamal Khairy, seorang sahabat yang tak pernah jemu dengan aku. sedang aku menulis ni, beliau dendangkan lagu untuk aku melalui panggilan telefon. each time beliau call, wajib beliau nyanyi untuk aku! "Bersama" , "Sahabatku" and " Maafkan Teman". Kamal, terima kasih ya! Mendengar suara lunaknya buat kali terakhir..cita-cita terpendam beliau mahu jadi penyanyi... Aku doakan yang terbaik Allah berikan untuk beliau..insyaAllah.

mofasad pon pernah nyanyi untuk aku.. 150jutakali by Fynn Jamal. suara beliau? perghhhh...! kalah Nash..wakakkaa.. sumbangsaran...!!!

terima kasih sayang... ;)

Bertuah aku...ya,masih berbaju kurung merah tadi..

Tuah malam ini aku dah tahu.. malam esok,lusa siapa yang tahu..kan..?

p/s: hujan lebat di luar saat aku sedang menulis. rahmat Tuhan. alhamdulillah.