16 September 2010

Satu, Dua, Tiga.. Infinity.

satu.
Masa yang berlalu terasa amat pantas meninggalkan aku jauh dibelakang. aku yang kecil dulu telahpon besar panjang. tiada beza, aku masih lagi terkontang-kanting. Sudah 7 tahun berlalu, masih aku berendam dalam air mata. pemergianmu semakin memakan diri ini. terlalu menyakitkan. aku consider segala apa yang sedang berlaku kini- peristiwa yang berlegar antara kau, aku dan mereka- adalah ubat paling pahit yang terpaksa aku kunyah dan telan biarpun payau lidah dan tekak. hanya kerana ubat itu adalah ‘hadiah’ daripada seseorang yang aku kasih, aku kuatkan jua. walau lunyai hati aku mereka kerjakan, biarlah. mereka takkan dapat nafikan hak antara aku dan kamu yang sudahpon termaktub di luh mahfuz. jadi aku putuskan, untuk terus kunyah dan telan ‘ubat’ hasil kehidupan yang kau tinggalkan untuk aku. redha.

dua.
waktu itu hujan renyai, membasahi bumi tuhan. dalam keramaian manusia yang menguruskan kamu, aku hanya mampu bungkam diam. setiap perilaku aku berdasarkan teori dan logic akal. automatis dan hanya bertindak apabila diiring. ruang emosi aku tertutup rapat. aku sudah tidak kenal erti sedih apatah lagi meratapi kehilangan yang amat besar. hati kaku. batu. langkah pertama dan kedua, aku berhenti dan berpaling buat kali terakhirnya ke arah mu. langkah ketiga dan keempat, aku mulai gusar dan risau, bagaimanakah keadaanmu kelak di ‘rumah’ baru? air mata kian menitis laju bersama-sama hujan lutsinar. aku gagahkan kaki untuk mengorak langkah kelima dan keenam, rasa senak menghurung diri. sedar inilah perhentian terakhir buat kamu. langkah ketujuh aku berhenti, duduk, dan menangis sepuas hati. aku teriak dalam kesunyian yang paling dalam. aku sedar kau sudah ada dua malaikat sebagai peneman baharu, dalam alam baharu yang menyambut kamu seperti mana yang telah dijanjikan dalam rangkap sumpah saat rohmu dimasukkan ke dalam jasad saat kau bersatu dengan dunia. Dan ini adalah pengakhirannya.

tiga.
anak kecil itu ketawa mengekek, geli hati dengan usikan mu. kamu pandai bermain kata dan mengacah anak kecil itu tiap kali dia bersedih. muncung yang panjang sedepa sekelip mata hilang bila kamu beri pelukan kemas, erat dan ramah. kamu titip setiap yang diperlukan anak kecil itu dengan usaha dan doa keberkatan berpanjangan. mana mungkin anak kecil itu mampu lupakan hangatnya kasih sayang mu. sampai tua besar panjang pon tak mungkin dapat lupakan. terutamanya saat mengaji kitab Allah bersama-sama belajar alif..ba..ta..dan seterusnya, dan saat kamu ajarkan dia pakai tudung buat kali pertama serta betulkan pelat anak kecil itu tiap kali dia berbicara. anak kecil itu akan sentiasa terkenang dan merindu. biarpon ketika kamu lapkan air hidung yang meleleh lambat, dia tetap akan kenang dan berterima kasih dalam diam, dengan sepenuh hati. kamu berjanji dengan si kecil itu, “aku akan hidup 100 tahun lagi untukmu, sayang.”. bahagia dengan senyuman tanpa gigi merekah di bibir.

long live my guardian angel.
tiga,dua,satu.

kalau orang lain ada opah, embah, tok ki, tok wan etc etc.. aku ada dia, si guardian angel. yang memerhatikan aku dalam mimpi yang panjang.