18 September 2010

Salam.

Untuk yang mengenali diri secara personally atau tidak..kurang lebih 24hours lagi aku akan berangkat ke KLIA dan menyusul selepas itu menaiki penerbangan ke Mesir. Aku ke sana demi menyambung pengajian dan kejar cita-cita yang bagai nyawa-nyawa ikan. Inilah chance yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt atas rezeki ini.

Khabar ini aku kongsikan bersama keluarga dan teman-teman. Respon semuanya positif. Untungnya aku apabila Mofasad aka sultan blogger mahu turun padang hantar aku di KLIA nanti. Khabarnya Siggplus akan turut serta. Jadi hulubalang, kata mofasad. trimas banyak2.

Aku menulis wasiat ni dalam diam yang paling indah. Hanya sendu yang berlagu. Kenapa? Aku pon tak tahu.

Lately ni aku mengaku, aku banyak sakitkan hati dia. Hukumlah aku untuk itu. Bukan sengaja jauh, tapi untuk dia prepare..aku bukan selamanya di sini.

Jadi, aku nak tinggalkan wasiat buat teman-teman yang mengenali dia; MOFASAD - yang suka amek gamba ala-ala gayyyyahhhh..~~

~Tolong tengok-tengokkan perot beliau..kalau makin surut laggiii bagos..!

~Kalau dia balik pukul 5am lepas main futsal, make sure dia stay up sampai Subuh, takut     hanyuuuuttt..

~Kalau dia main mesej/phone call time bawak keta…tolong cubit perot dia kuat2..! takpe..aku redha!

~Kalau dia moody, ceria-ceriakan dia. Dia mesti suka ulang tengok crite Piranha tu byk kali. Dia paling tak kisah tang tu..

~Ingatkan dia ttg cita-cita dia..jangan biar tergantung.

~Kalau dia mesej/kol, cepat2 jawab tau..nanti dia merajuk.buruk!

~Bila dia merajuk, pujuk.. kalau merajuk lagi, tarik muncung dia panjang2! Kasi kejam siket!

~Jangan biar dia tido sorang2 dalam kereta, bahaya! Berteman takpa..yang jantan sahaja ok ;p

~Kalau entri blog dia jiwang karat abeh..maknanya beteri dia kena charge balik. Ikot suka korang la nak charge ikot mana pon.

~Kalau nak pilih makwe baru untuk dia, pilih yang cantik, yang gedik dan mengada-ngada..jangan pilih macam dia nieh!


aku tak pandai nak jaga hati orang, sebab tu hati dia calar balar aku kerjakan.

aku pon kurang pandai dalam hal hati..jadi pandai-pandailah dia jaga diri.

mungkin lepas ni sukar tengok aku update entri...almaklumlah..skru dah ketat..mana aku nak ke laut lagi..hahaha..

cau cin cau..