1.9.10

Negara Ciplak; Cincai-cincai Terbarai.

Negara Ciplak.



53 tahun kemerdekaan, negara kita masih lagi baru merdeka berbanding dengan negara maju yang lain. iyalah, masih baru. mungkin bukan lagi seperti bayi; kita sudah lepas peringkat meniarap,mengengsot dan merangkak, tapi kini mungkin kita siap bertatih, seperti remaja; baru siap untuk mengenal dunia.


tetapi jika foundation nya, asas, tiada jati diri yang kukuh, maka seseorang remaja itu bakal hilang arah tuju kerana tiada matlamat dan bimbingan. remaja tersebut jadi kacau bilau, makanya diperingkat dia mengenal dirinya, dia meniru gaya british pop and soul, kultur budaya afrika selatan dan tunduk angguk pada barat USA. 


sama aplikasinya seperti sesebuah negara. jika adunan sesebuah negara itu datangnya daripada sumber yang palsu, sogokan politiknya palsu, maka hasilnya tidak majmuk, tidak padu. tidak ada originaliti. fasal bendera dan lagu kebangsaan. dua perkara mustahak yang menyatukan kita semua di bawah jenama Malaysia.


aku setuju dengan papa Hishamuddin, proses pengadunan di negara ini belum cukup mantap untuk menjadikan tamadun  Malaysia ini sesuatu yang gah untuk diperkatakan. seperti doh roti, perlukan masa,udara dan ruang yang cukup untuk berkembang. slogan 1Malaysia diuar-uarkan tetapi masih ada segelintir kita yang bersikap rasis. bukan orang kebanyakan sahaja, malah para pemimpin yang kita harap-harapkan pon bersikap rasis juga. kurangnya penghayatan di situ, mungkin sesetengah kita sudah hilang kepercayaan atau sudah sangat jelik dengan segala macam penipuan. anda tentukan.


"masa depan negara 53 tahun ini bergantung kepada pemikiran kepimpinan negara yang mempunyai fitrah menerima kepelbagaian. it's a leadership that have ability to accept differences, decent, different opinion and dare to debate it domestically, internationally and globally."


aku tidak benci kebobrokan para pemimpin negara ini, tidak sama sekali walau seteruk mana mereka telah kerjakan negara kita. aku mengambil keputusan untuk tidak terus diam. aku yang harus berubah untuk menjadikan pemikiran aku ini matang dan lebih liberal bagi memastikan perjalanan, misi dan visi negaraku ini tercapai. semuanya bermula daripada seorang aku!


seorang cina yang tidak cemerlang di alam persekolahan; kita tebak mereka jadi samseng, ah long dan sebagainya.
seorang india yang juga tidak cemerlang pelajaran; kita duga merekalah kaki mabuk tegar, bunuh diri dan sebagainya.
seorang melayu, pon juga, tidak berapa cemerlang di alam persekolahan,; kita doakan mereka menjadi kaki dadah, sex bebas dan buang anak.


semuanya berkaitan dengan persepsi kita terhadap masyarakat. kita yang mendoakan masyarakat kita jadi terbengkalai. siapa anggota masyarakat? kita! jadi kita yang membinasakan diri kita sendiri jika kita tidak saling mendukung antara satu sama lain. jadilah individu yang terbuka mindanya dalam menerima cacat cela bangsa lain. 


jangan jadikan usaha nenek moyang kita sebagai sesuatu yang cincai-cincai sahaja. kita harus akui setiap mereka yang berjuang tidak mengira kaum, agam, bangsa dan apa saja pegangan politik sekalipon dalam perjuangan memerdekan negara ini. kita harus usahakan agar semua ini terus maju dan kita corak masa depan Malaysia yang bagaimana kita mahu.


what is Malaysia for the next 50 years to come?