15 September 2010

Kalau tak kenal maka tak cintaik...

Salam Syawal.

14 September. Ini tarikh bergegarnya medulla oblongata aku apabila di-lazer oleh orang yang sangat aku hargai. Kewarasan sifat romantik aku telah menular masuk dalam jiwa dia; yeah..dia yang terkenal dengan jiwa rock kapax tapi hati ada taman, bukan Taman Rasyidah Utama tapi Taman sorga cinta. Saat aku sedang menaip ni, aku diserang demam; konon terkena panahan cupid. Parah aku kali ni. Hati ini dipanah buat kali ketiga, tapi panahan kali ni disusuli dengan janji setia. Rapuh sungguh hati ini bila masuk bab cinta. *ketuk kepala.

Buat julung kalinya aku ke ibukota berpakaian perempuan melayu tulen; tidak, bukan berkemban ala Sofia Jane tu, aku pakai baju kurung ler..amek semangat raya ;). Si Dia pon mengada mahu pakai baju melayu kuning diRaja. Sultan Blogger lah katakan.

Cerita panjang jadi pendek, sebelum menonton wayang pacak kami mengisi perot dengan juadah kedai Siam. Dia makan apa yang aku mahu makan. Katanya, barulah romance-tik  =.=”

Tuanku sultan blogger ajak aku nonton movie Piranha. Disebalik sipat kemachoan rock kapax beliau, ada sipat kelembutan rupanya. Hilang sudah suara macho ala Nash Lefthanded, beliau menjerit ketakutan ala-ala ZianA Zain sewaktu klimaks movie tersebut. katanya terkezot! Berderu darah ke muka aku masa tu gelakkan dia dalam diam. Aku kira, kemaluan beliau hilang sebentar.ngehehehe..

Mungkin betul kata wong ah ian, tak patot beliau ajak aku layan cerita bogel almost 1jam 30minit ni. Mungkin movie disgustingly porno – seram ni patut dilayan bersama ahli penasihat sultan blogger yang lain. Tak pasal-pasal surut pahala ramadhan aku.ekekke..

Janji temu kami dipenuhi dengan gelak tawa dan rajukan manja si dia. Ikotkan hati, mahu saja aku tinggal dia tang tu jugak. Berani mati mahu aku pujuk? Mintak maaf lah. Laki aku si Fahrin Ahmad mahu campak ke mana? paling aku kutuk diri sendiri apabila aku secara desperatenya minta tolong si dia topup sikit untuk belikan gajet yang aku mahu sejak sekian lama. Muka bahagia tak hingat time tuh..wakakakkaa.. 

Janji dia, mahu hantar aku berlepas pergi nanti. Bahagia. Pertemuan kami berakhir dengan Assalamualaikum. Bila tapak kaki aku melangkah 20 tapak ke hadapan, aku toleh belakang. Aihh.. sudah hilang. *senyum kambing.

1 tentang dia, dia tidak lokek. Kejam tak aku?? 1st date dah buli dia..wakakkakakaa. 2nd tentang dia, dia hormat pendirian aku; aku takkan naik kereta berdua je dengan dia. Kalau aku naik hantu, sape nak tanggung? Hahaha.. 3rd tentang dia, dia ingatkan aku tentang pendirian aku sendiri – dah cuba baru merasa! Pengalaman itu penting, jadi sebelum aku tinggalkan dia buat beberapa lama ni, dia mahu status baru. Dia pon sudah lama menduda. Sebab kalau tak kenal maka tak cintaik kan kan kan..??!!

Tinggal kurang lebih 4 hari menjelang hari aku berlepas pergi. Bak kata orang muda-muda, Kalau sayangkan laki tinggal-tinggalkan.


*time nieh dia nak tilik tapak tangan aku*
*aku memang tak gedik, tapi dia jauh lebih mengada-ngada daripada aku.*

Sudah lebih 150jutakali awak ucap kata sayang, kalau menjadi plan6tahun, Sampai Tua tetap jadi milik awak, sayang..




end.