3.9.10

Di Balik Cermin Mimpi

Di balik cermin mimpi
Aku melihat engkau
Di dalam engkau
Aku melihat aku
Ternyata kita adalah sama
Di arena mimpi yang penuh bermakna

Bila bulan bersatu dengan mentari
Bayang-bayang ku hilang
Di selebungi kerdip nurani
Mencurah kasih, kasih murni
Mencurah kasih

Di balik cermin, cermin mimpi
Adalah realiti yang tidak kita sedari
Hanya keyakinan dapat merestui
Hakikat cinta yang sejati
Hakikat cinta yang sejati

Dengan tersingkapnya tabir siang
Wajah kita jelas terbayang
Dan terpecah cermin mimpi
Menjadi sinar pelangi
Pelangi



*************************

Bohemian memperkenalkan aku kepada puisi ini secara tidak langsung melalui blog beliau.

aku masih mencari gali diri yang hilang tanpa aku sedar. sahabat yang cakna dengan aku mulai menarik muka dan melayangkan bendera putih. seolah dia tidak kenal siapa aku lagi.

aku masih bereksperimentasi dengan kebolehan jari ini menulis kreatif. agar isinya enak dikunyah, di-digest tanpa ada kerutan di dahi. aku pon masih cuba cari jalan keluar bagi setiap permasalahan. ternyata yang sahabat aku mampu lihat aku lebih dalam, umpama cermin mimpi, dia sedar bahawasanya aku sedang bergelut dengan permainan dunia yang aku atur sendiri. ironinya, aku tidak tahu permainan apa yang aku judikan nasib sekarang. dan....... harapan siapa yang aku pertaruhkan.

berhenti bermain atau teruskan? aku keliru.

lantas aku mainkan sekali lagi Di Balik Cermin Mimpi dendangan M. Nasir dan diam dalam pembaringan. mungkin dalam mimpi seterusnya ada jawapan.