30.9.10

Baik-Baik Sayang

Salam.


Semalam petang waktu di sini, aku dapat berita yang mampu carik hati. Anak aku telah di-wadkan akibat broncho sepsis - jangkitan dalam sistem pernafasan. Bonda kata, Harith diberi bantuan oksigen, IV antibiotic ampicillin dan sedut ventolin. Gulp. 


Mohd Harith Iskandar, auntie baru tinggalkan tak sampai dua minggu, Harith dah sakit-sakit. Auntie runsing sangat. Panggung kepala, pening.


Harith baru sahaja cecah usia 7 bulan. Kelahirannya membawa sejuta kebahagiaan dalam hidup aku kerna pada awalnya semua sangka 'Harith' bakal keluar dengan berjantina perempuan. Sedangkan manusia pon boleh silap, inikan pula mesin pengimbas x-ray kan. Harith lahir cukup sifat dan sihat. Fully breastfeed membuatkan Harith membesar sehingga kini mencecah 9.5KG, in his best condition.


Harith sukar duduk diam

Harith bijak. Suka tiru aksi papanya. Aksi paling menarik apabila Harith sudah pandai buat high five dan baru-baru ni Harith sudah pandai tepuk tangan. Harith tak pernah gagal membuatkan orang yang melihatnya tersenyum. Ini kerana senyuman Harith yang tak lekang di bibirnya itu mampu melembutkan hati yang sedang amarah.


Aku masih ingat lagak dia tika aku kendong dia rapat ke dada. Dia sengih hingga menampakkan gigi susu yang baru mula nak tumbuh dan menempekkan tapak tangannya ke hidung aku. Bau masam. Muka aku berkerut-kerut manahan tapi dia geli hati lihat aku begitu. Pernah sekali waktu aku baharu sahaja tidurkan dia, Kamal menelefon aku, jadi aku tinggalkan Harith sebentar. Tidak lama kemudian Harith teriak, terpaksa aku putuskan panggilan dengan Kamal. Pantang berjauhan. Harith nakal!


Sebelum kaki aku menjejak dunia Mesir, aku meluangkan sepenuh masa melayan karenah Harith. 7 bulan bersama masih tak puas. Sejak Harith lahir lagi aku menatang dia bagai minyak yang penuh. Harith tak pernah sakit teruk. Paling mendebarkan pon semasa dia demam kuning. tapi dia kebah cepat. Dia kuat macam auntie nya ini. Harith tak pernah merengek. Dia kuat!


Aku dalam kondisi hati yang sangat sedih tika ini. Aku tak mampu attend Harith. Ini dugaan yang pertama sejak aku jejak di tanah piraun. Bonda sedaya upaya tenangkan hati aku, tapi aku tetap risau. Sekarang kondisi Harith agak stabil namun jawapan itu belum mampu menenangkan aku.


Harith, moga Harith kuat ya. Doa auntie sentiasa untuk kamu sayang. Teriaklah jika sakit, auntie peluk kamu dari jauh. Teriaklah sayang.


Harith..memang bukan anak yang aku kandungkan tapi dia darah daging aku. Rindunya aku pada keletah dia. RIndu sangat-sangat.


Airmata yang mengalir lambat-lambat aku seka.