31.8.10

Aku orang kecil, Engkau orang besar.

greetings~


mungkin selepas ni aku akan tukar corak menulis entri. cita-cita masa darjah satu dulu, bila cikgu aku tanya aku nak jadi apa bila besar nanti, dalam 3 pilihan salah satunya aku jawab mahu jadi cikgu. sebab seorang guru, pada telahan otak darjah satu berbekalkan IQ 120 masa tu (echen...!hahahaa ), seorang guru boleh corakkan apa sahaja yang dia mahu, dia mempengaruhi dan mengusai ilmu. jadi aku, dulu, ingin jadi begitu. ingin mengusai ilmu dan mempengaruhi manusia dengan bahasa aku yang simple, asal sampai ke hati dan minda yang berfikir.


jadi helahnya, dengan menulis aku boleh mencapai cita-cita aku yang besar ni. sebab dalam dunia realiti, aku tak mungkin boleh berbuat demikian. tuntutan masa depan terlalu tinggi nilainya untuk aku perjudikan. untuk pengetahuan, semenjak aku menulis dalam dunia maya ni, tak ramai blogger yang aku kenal dari dekat, like personally, sebab mereka semua ni hebat-hebat. pandai berkarya, pandai menyampaikan apa yang tersirat dan tersurat.


dan aku ingin berdamping dengan orang yang aku kira hebat. macam mofasad, siggsinaganaga, vovin and ramai lagi. setiap penulis ada peminat mereka sendiri, minat kerana penulisan semberonolucahtakbertapis, jatuh hati dengan humor malar segar dari seorang yang cukup dewasa, dan rasa seronok dengan aksi kreatif imaginasi penulis yang dimuntahkan dalam bentuk tulisan. empat blogger yang di-list-kan ini adalah antara blog terawal aku follow.


nak di jadikan cerita, aku mendapat teguran daripada seorang sahabat baik yang membaca blog aku, Nash namanya. oh tidak, beliau bukan si penyanyi rock kapak dan pernah berkahwin dengan jutawan mekap. beliau seorang sahabat yang cakna tentang aku.

dia katamembaca blog kau seakan aku membaca orang lain, bukan membaca orang yang berada di hadapan aku sekarang.


dalam maksud beliau tu.hakikatnya begitulah. aku bukanlah di awangan 247/365. aku ke laut semasa aku menulis di sini. aku biasa biasa sahaja. aku bukan orang besar. menjejak alam kedewasaan memang payah.aku masih muda.tiap permasalahan yang aku tanggung, kalau diluahkan, bebannya jadi ringan. jadi masalah besar gajah tadi automatik jadi kecil. bila di dunia nyata, ya aku biasa-biasa saje tiada yang anehnya tentang aku.


sedar tak sedar, aku dah tak lama di Malaysia.ini macam mimpi bukan fantasy.bezanya fantasi boleh direka sedangkan mimpi datang tanpa diduga bentuknya. jadi untuk adil bagi semua blog ni kemudian hari aku akan catatkan segala adventure aku. moga takde yang busan, dan kentut kat blog ni lagi. sumpah, busuk blog ni nanti.


apa-apa pon, terima kasih atas semua tunjuk ajar. kalau aku ke laut lagi, aku akan catitkan di sini. sebelum itu terimalah lagu yang di-daddy-kasikan untuk anda semua. semoga terhibur. wakakakkakaa..

Untuk apa kau mencintaiku
Orang yang tak punya apa-apa
Kau akan kecewa setelah kau tahu
Siapa aku sesungguhnya

Bukan aku tak mencintaimu
Tapi betapa diriku malu
Kau si raja harta
Ku raja sengsara
Antara kita jauh berbeda
Bukan aku tak mencintaimu

Aku orang kecil
Engkau orang besar
Kau ibarat gajah
Ku hanya semut merah

Aku orang kecil
Engkau orang besar
Tiada sebanding
Untuk saling menyinta
Lebih baik engkau dan aku
Berteman biasa saja


sob..sob..