13.9.10

Aidilfitri buat Kau dan Aku


Selamat Hari Raya Aidilfitri aku ucapkan. Sudah terlalu lama jari jemari ini tidak menaip, puasa internet. Senyum sumbing.. Jadi aku susun kesepuluh jari yang masih dipinjamkan ini untuk memohon kemaafan andai tersalah silap kata sewaktu sesi tebas menebas atau blog jogging. Almaklumlah, aku juga manusia yang kurang lebih akalnya...

Aku nak clear... Bidadari Besi bukan tempat mencari rezeki atau kata-kata kutukan daripada manusia-manusia yang secara tidak langsung bertanggungjawab menaik-turunkan semangat penulis untuk terus merapu. Jadi, aku sebagai penulis Bidadari Besi, memaafkan anda dan andi yang turut serta dalam voyage kehidupan yang serba singkat ini. Jangan risau, seboleh-bolehnya aku tidak mahu bawa hutang mereka yang berkenaan sampai aku mati. Macam aku kata, aku juga manusia yang kurang lebih akalnya. Sama seperti kalian. Sesungguhnya, Bidadari Besi jua penuh dengan kekhilafan yang tidak dapat dielakkkan.

Maaf juga buat sang perindu.

>.<