28 September 2010

19 SEPTEMBER 2010

Inilah harinya. Seawal subuh, aku dah terpacak di KLIA. Perasaan? Bercampur baur. Aku sudah tenggelam dalam suasana kacau bilau check in dan dalam masa yang sama menunggu kedatangan Mofasad & Sigg. Pertama kali bertemu dengan family aku buat mofasad nampak cuak. Nak sangat dia jumpa babah aku, boleh pulak kata babah garang. Jumpa dalam keadaan chaos memanglah haru.. :P

9.45am. inilah saat yang memisahkan antara semalam dan esok. Inilah ‘wall’ yang aku bina antara Malaysia dan Egypt. Seperti yang aku kata, jiwaku telah lama berada di Egypt. Saatnya telah tiba untuk satukan jiwa dengan jasad. Aku peluk kuat seorang demi seorang ahli family. Saling meninggalkan pesan. Sesekali mataku lirik kearah mofasad, yang berdehem tak sudah - nak jugak peluk gamaknya! Gaya Sigg sudah macam paparazzi, click sana sini. Aku sudah macam artis malaywood. Dang~!

Hati aku tenggelam saat aku lihat airmata bunda. Aku sudah pesan agar beliau jangan menangis, iron lady mana boleh nangis! Rembes jua. Terakhir aku peluk babah. Aku akan rindu bahu yang ini, bahu yang aku selalu amukkan amarah pada dunia, jua bahu yang memikul aku hingga ke saat ini. Terima kasih babah, terima kasih semua. Saat mahu melangkah pergi aku toleh, aku nampak Nana (my oldest sister) yang anaknya umpama anak aku, aku peluk erat. Payahnya untuk aku lepaskan. Rela..

Satu persatu wajah melepasi pandangan. Dia. Ada kesedihan di mata itu. Aku biar. Nanti hati hati yang terluka hari ini akan terubat sendiri. Plot ending; Lambaian dan cumbuan terbang  terakhir aku layangkan sebelum wayang perpisahan ini tamat. Air mata tumpah seakan tidak mahu berhenti, juga aku biar. Sebelum berangkat, aku dengar suara mereka yang tersayang buat kali terakhir. Memohon ampun dan maaf serta ucapan terima kasih. Terima kasih untuk dia dan sigg kerna sudi hadir meminjamkan kekuatan yang hampir rapuh.

Semasa take off, bibir aku tak putus doa dan salam.lemah benar time ni. Aku peluk beg sandang kuat-kuat. Teringat pada suatu waktu, ada orang dahulu yang boleh menenangkan. Shit!

Dalam perot belon terbang, aku koyak sampul berisi surat pemberian Syah. Aku baca dengan teliti..paling kepala ke sebelah kiri menghadap tingkap, sekali lagi rembes airmata dara. Filem kenangan bermain di mata. Tentang semalam, kelmarin dan waktu sebelumnya. Hari ini, I just can’t help it. Empangan airmata sudah roboh. Pak arab disebelah melihat aku sambil mengajuk; dengan bibir terjuih dan muka sememeh. Aku biarkan, mungkin itu caranya ingin buat aku ceria kembali. Maaflah, tak berjaya.

Sampai.

beger McD di Bahrain. 14 USD. hmffftt..!

Transit di Bahrain, hari masih lagi siang sedangkan di Malaysia sudah malam. 7jam melepasi lautan hindi buat pinggang aku sengal-sengal. Sambung 2 jam setengah ke Cairo. Makin naik sengal. Sampai di Cairo baru aku nampak waktu malam. Belon terbang aku melepasi sebuah pyramid kecil yang terletak di pinggir Cairo, sempat Firaun say Hye. Aku iakan saja. Orang di Malaysia sudah tidur barangkali. Mata aku segar dihidang pemandangan baharu. Angin yang berhabuk menembus masuk nasal cavity aku. Great! Angin bertiup bawa segala macam sampah habuk. 2jam perjalanan ke Zagzig menaiki bas menghidangkan pemandangan waktu malam di Mesir. Pukul 10 pagi Malaysia 20 september, baru aku nampak rumah & katil. Heaven! 

Selamat malam dunia Mesir.