29 August 2010

Ternoda & Menoda..!

Greetings~

Semalam habis saja terawih, vrOoooM vrOoOmm, aku dan kaum famili (aku tgh dengar lagu raya time neyh..) berangkat ke Uptown Danau Kota, Setapak. suara sumbang hina aku, kuar dengan pakwe la best memalam nieh. cam syal, aku tak izinkan body aku dihangkot memalam buta dengan jantan la sengal! lalalallalalala~~


paras hormon aku melonjak naik + gatai mata nak singgah ke tempat penuh sesak dengan manusia banyak ragam nieh. tak sangka, bulan ramadhan pon aktiviti manusia pada malam hari tidak terbatas. inilah Malaysia ku gemilang!


sungguh tak ku sangka cempedak bukan nangka, traffic jam human sesak dalam bazar besar tu. dah tahu ramai orang lagi aku sumbat. gasaklah! orang mengurut,karoke raya, jual kucing, jual body spare part motor, semua ada..aku tak punye niat nak membeli pon. jalan-jalan tengok barang, untung-untung dapat tengok hero macam korea, tak untung dapat la bau hangit bangfes. ahaha.dunia.


detik hitam pon bermula ketika aku sedang sesak beratur nak masuk ke lorong orang jual macam-macam nie. tambah malang, aku dah tinggal sekow-sekow di tengah keramaian tu. depan belakang pack habis. mujur depan aku nie makcik, rasa save siket. tapi aku lupa tengok sape kat belakang aku..tetiba..


TuUUUUUUUUUttttttt...! nyaahhhhhh apa yang mencucuk bontot ai niieyhhh...


=.="


dunia dah semakin malap. kemarahan dalam hati membuak-buak.muka aku dah merah, telinga aku da berasap.. sape pulak buat dajal kat anak Haji Latif nie. aku dah nekad, apa nak jadi, jadilah! aku bajet orang yang pedajal aku tu mesti tinggi ala-ala 170cm, muka kapal pecah dan punya scrotom. jadi aku pon berpaling dengan muka tak puas hati, tangan dah terkepal-kepal penumbuk dah.


baru nak bukak mulut sound..aikk... 


keciknye! tinggi takat pinggang aku jek! putih plak tu. pipi gebu bak pau kacang merah ah liong, mulut terjuih merah lolipop plak tuh. tengok rupe, ada gaya berjantina lelaki.


aku sengih suka. automatik! tak pernah mangsa raba sengih macam aku sengih nie.


aku cubit pipi dia. aku tonyoh-tonyoh kuat.umphhhhhhhh..! tak cukup dengan tu, aku ciumm dia muuuuuuaaahhhhxxxx...! amek ko, raba auntie lagi.!


lalalalala~~ aku pun berlalu. dengan muka bahagia inesen gile....


tak brapa lama, aku dengar suara budak menangis. 


=P aku tak bersalah.!


ala ala gini la rupe dia.
tak maluuuu....cucuk cucuk anak dara orang..wuu~~



aku nak tulis style gedix2..sumpa aku failed! hahahahaha
aku wonder ada tak stok anak2 merdeka bakal lahir taun depan sebab kita rai merdeka day dalam bulan ramadhan tahun nie..heehe