10.8.10

selamat menyambut ramadhan sayangs..~~

Greetings~

Ramadhan tahun ni aku sambut di rumah sahaja. seperti biasa chef utama adalah aku. hadap je lah.kuikuikui..

kalau zaman skolah asmara dulu, rajen bebenor aku dan kengkawan turun DS atau nama manje Dewan Selera. food untuk bersahur dan berbuka ala2 'menyelerakanlah' jugak. tak nak lah aku di cop pelajar yang mati kebulur sebab rage dengan makcik DS time tuh. telan je lah. idop jua sampai ke la ni..hakhakhak..
masa time sahur, ada sekumpulan manusia yang melaung-laung.. "Sahur..sahur..." tak cukup dilaung, aku dipelakung dengan bantal. bertempek taik mata bila turun ke DS untuk bersahur. makcik DS aku dulu garang mak aiihhh..lauk tak habes nanti dia marah. lahap je laa..
kalau bab terawih, lebey2 lagi time tu dekat2 dgn SPM, tak tinggal, cumenye tok imam (lagenda budak setan) solat speed tak hingat. huu~~ memang berkat SPM kami tahun tu..haha

itu zaman skolah menengah. masuk zaman kolej untuk foundie, pon, dilayan macam budak skola menengah. KM Kulim tempat aku bertapa dan menyamibut Ramadhan penuh barakah tahun lepas. macam2 fiil dan ragam. tempat baru, kengkawan baru. masa berbuka kena amek turn hidang makanan untuk satu dorm. aku paling suke time nieh. sebab boleh pilih lauk sendri.hahaha. yang paling bes, sahur ada org hidang depan mata, ada org tlg gerakkan. sekarang org tu dah dekat MIAT. huu~~ rindu layanan beliau! aku ni ala2 mengada tak berbudi bahasa.kehkehkeh. trimas sayangs..~~
terawih? bukan nak gebang.populasi pelajar perempuan sah2 lebih ramai daripada budak lelaki. pupus gamaknya.

ex- tulusian
pic credit to myra



Ramadhan kali ni aku tak bersama member2 seperjuangan MESTECH. nanti korang crita betapa bestnya idop beramadhan di zaman university ok! mesti korang beli lauk pauk simpan utk sahur skali. aku tahu korang malas masak. especially ex warga 11-3A kan kan kan?? hakhakhak..




kenangan wif QinQin, Acap and so on.
*Medan Merdeka Walk, Indonesia. *


jadi untuk para blogger and muslimin muslimat sekalian, aku Fiq, mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. semoga ramadhan kali ini kita lakukan ibadah dengan sepenuh jiwa raga. lakukan seolah ini ramadhan terakhir kita, umat akhir zaman.


wassalam.