30.8.10

Merdeka; ada apa rasa?

Greetings~


Musuh melanggarku gempur
Sungguh rela kugugur kerana
Kau tanah pusaka
Biar putih tulang jangan putih mata



31 Ogos Merdeka Day untuk semua rakyat jelata. tanah pusaka malaya ini menyambut hari kemerdekaan-bebas dari jejak penjajah berbangsa Inggeris, berkulit putih. itu erti bahasa merdeka 31 0gos. 


seperti biasa, rutin aku singgah ke hati Kuala Lumpur tiap kali malam sambutan, tempat Union Jack diturunkan dari tempat megahnya, Dataran Merdeka. konklusi penglihatanku, penuh dengan caci maki hamun untuk para gadis bawah umur,yang rata-ratanya berbangsa melayu berkulit sawo matang,pakai jeans cawat pendek dan segalanya senteng. kepuasan maksima pastinya milik lelaki-lelaki jagoan bermotosikal tadi.


sesak. aku ambil keputusan untuk pulang ke rumah. lagi enak. siapa yang ambil kisah untuk pelihara penglihatan, pelihara perilaku maksiat mereka dalam bulan puasa ni? aku je yang kisah! aku je yang sebok KISAH!


bermedekalah mereka dalam bulan puasa yang datang sekali setahun ni. untung2 dapat sambut lagi tahun depan. mungkin itu yang segelintir daripada kita fikir. tapi kaum mereka yang aku lihat tadi tak pernah fikir pon.aku berani taruh!


teet.! mesej. daripada teman masa lampau. Jungle jom malam ni?


cis. idop lagi manusia nie...ahahaa


aku balas; aku malas, mahu kejar 10 malam terakhir. mana tahu esok lusa aku mati.


diam.tiada balasan. Jungle di Bukit Bintang. itu kisah dulu. aku sudah merdeka dari kisah dulu.dan ya, jawapan tu mungkin berbaur hipokrit.


patriotik? aku pernah menari (ala..tarian tradisional tuh..bukan yang hula hula tuh..) untuk pesta sambutan kemerdekaan kali ke 50 dulu. di dataran merdeka. i bet muka aku banyak kat internet. tapi bukan di search engine maria ozawa atau heidi klum. aku pakai baju punjabi. ala ala Kareena Kapoor. dapat duit upah adalah beberapa.lepas jugak belanja di mingo. itu tahun aku rasa paling patriotik. berbaloi-baloi. sebab muka dapat masuk paper, dapat duit dan missed sebulan dari alam persekolahan. merdeka!


anak2 aku nanti, aku tak boleh nak kata apa. kalau anak aku tanya merdeka tu apa, aku suruh ayah mereka yang jawab.senang!


jadi konklusi merdeka aku tahun nie, party tetap party, pedulik sama ramadhan.yang pakai moto ni memang macam gampang harem zadah.


yang mendoakan kesejahteraan Malaysia ku gemilang, syukurlah masih ada orang-orang seperti kita.