27 August 2010

manusia separuh dewa

Greetings~


Sudah lama dia mengintai aku. dari alam aku ceria tanpa ada beban bertangguh di pundak hinggalah aku celik mata dalam kelam kelabu asap. aku tahu, dia masih memerhati hingga ke saat ini, di mana aku sedang menaip lembab keluar satu persatu huruf di skrin putih.


sudah lama dia perhati aku dalam aku sedar. dia perhatikan jari aku menari-nari di langit biru, melukis wajah wajah insan tersayang dalam kabus putih pekat. dia perhati aku sedang melompat laju dari satu batu ke atas batu yang lain, menanda aras kebangkitan aku sebagai manusia separuh dewa. melihat aku memangku dagu dan menjelir nakal. dia masih melihat, bukan dengan mata tetapi dengan hati. kerna hatinya bersih bak salju, menelanjangkan zahir dan batinku. dan dia tidak pon mendekati aku, pon sama, kerna hatinya dingin bak salju, tidak mahu aura keramahanku mencairkan imannya yang setebal kulit pisang atau mungkin kulit langsat.


dia lihat aku mendaki dan menikmati pancuran api kegemilangan. dia juga ada melihat aku terjun laju dalam juram yang dalam. semua itu pilihan aku. dia hormati setiap pilihan aku dan hanya berdiri di tepi, masih melihat.


aku tertanya, bila dia akan bertindak? apa dia seronok melihat aku berenang dalam sungai kekalahan, atau dia mahu melihat aku survive dalam arus yang aku cipta sendiri ini?


yang mana satu? aku bingung, panggung kepala dan garu. tak tahu.


mungkin ada jawapan di mana-mana. mungkin ada.

God save us everyone,
Will we burn inside the fires of a thousand suns?
For the sins of our hand
The sins of our tongue
The sins of our father
The sins of our young
No
somehow i missed idiotique. haha.