16 August 2010

Manja manja mesra di Bulan Ujian

Greetings~~

nampak gayanya bapak mertua aku bagi kelonggaran untuk menyentuh gear2 canggih. syukur. dapat jugak aku renjis air mawar kat blog nie. orang kata kalau selalu bau air mawar, maknanya masa dah tiba..gulp! erk..!

pedulikan.

jadi aku mahu kongsi. alamat sejak dua menjak Ramadhan singgah ni ada pula bunga-bunga iri hati dan pergaduhan disua ke hidung aku. aku tak pandai bergaduh berkelahi tanpa fakta. sungguh, tak tipu!

sebelum buka kekuda, aku nak mintak maaaaaaaaaaaaaaaaap banyak2. sesungguhnya aku hanya hamba Allah yang hina dina ini sedang berpuasa. aku segan segan malu nak sambut bunga-bunga yang tiada nilai di sisi Tuhan.

semalam ada tazkirah (sehina dina aku, telinga ni dengar jugak tazkirah), bapak mertua aku ada menyampaikan pesan..

"Mereka itulah orang- orang yang dibalas (dikurniakan) bilik (martabat yang tinggi di syurga) kerana mereka bersabar (menjunjung taat kepada Allah), dan mereka dialu-alukan di dalamnya(syurga) dengan penghormatan dan ucapan salam kesejahteraan (oleh para malaikat)".
(QS. 25:75
)

jadi aku pon turut apa yang telah diperintahkan. aku diam dan sabar. kerna aku percaya diam itu tanda akalnya banyak berzikir. sedang bulan puasa ni, cukup-cukuplah aku sumpah seranah.hehee...

bapak mertua aku menyambung lagi.

"Buatlah kebaikan kepada manusia sebagaimana Yang Maha Pencipta berbuat baik kepada kita,hambaNya. Namun, terimalah kejahatan orang lain kepada kita dengan penuh redha kerna sesungguhnya Allah sahaja yang mampu membalasnya."

sebagai menantu yang solehah [cepat semua aminkan doa aku nie..], aku dengar ucapan bapak mertua. manalah tahu dapat barakah. bapak mertua pon bapak jugak!

oleh itu sayang sayang sekalian yang berkenaan, jangan lagi ajak aku manja-manja mesra begitu ye. aku doakan kome meninggal dunia dalam iman bila dah sampai waktu nanti.

Aminn...