04 August 2010

hanya kerana aku muslim

Greeting.

Aku baru pulang dari sebuah restoran yang menghidangkan makanan selatan india dan malaysia - mamaks. Sekali sekala hirup udara yang penuh dengan asap nikotina dan mendengar perbualan rutin rakyat malaysia. Jadi malam ini aku label sebagai malam yang typical buat aku.

Tetapi setiap yang typical itu pasti ada kelainannya. Sedang aku menunggu roti nan yang tak sampai2 lagi, aku telah disapa oleh seorang pakcik tua yang duduknya bertentangan dengan meja aku. Umurnya lebih kurang awal 50-an. berjambang merah dan berkopiah. Dari hidungnya yang mancung ala-ala Udit Narayan, aku tebak pakcik ini bukan rakyat tempatan malah datang dari Pakistan. Setelah dia memberi salam, inilah konversasi antara pakcik tersebut dan aku.

pakcik > me, my wife and small kid just arrive from Pakistan. we dont have money to eat. [sambil menujah dadanya dan menunjukkan kocek baju yang aku lihat semacam penuh dengan duit syiling.]

Aku angguk tanda paham dengan slanga alpakistani pakcik tua tersebut. nampaknya tebakan aku mengena.tapi aku pelik, aku tak nampak plak 'small kid' pakcik tu di sini. yang ada cuma dia dan aku kira wanita berselubung hitam itu isterinya.]

pakcik > u're a muslim right? u wear tudung.[sambil menunjuk ke arah kepala aku] give us some money so i can buy food.

aku > if u can come to malaysia, of course u have money. if i don't have money i cannot come to pakistan also, uncle. [sambil sengih. masih polite, aku panggil dia 'uncle'. mustahil tiada wang untuk bayar air milo ais rm2 segelas. kalau dua gelas baru rm4. mustahil datang malaysia dengan ilmu ghaib. menuntut dengan Ayah Pin ke hape..]

wife pakcik tersebut buat muka dan terus cuit bahu pakcik hindustan tadi. mereka blah dengan renungan yang tajamm, meninggalkan parut besar di dahi aku. muslim. Ya, atas dasar muslim, aku wajar menolong mereka. tetapi aku enggan. berat sangatkah untuk menyeluk poket seluar dan sedekahkan sepuluh ringgit mungkin? Ya, berat. sebab aku bau penipuan sedang berlaku di sini.

mata aku meliar dan terus mengekori pergerakan dua pendatang 'muslim' itu tadi. mereka beredar dalam keriuhan orang ramai. mata aku masih memerhati. pasangan hindustan tadi bergerak ke pakir kereta dan terus masuk ke perut sebuah kereta proton wira. kereta tersebut masih belum berganjak.

Ding Dong..!


aku kira mereka sangat kesempitan wang dan baru sahaja sampai di malaysia sehingga air milo ais dua gelas tak mampu dibayar..ya, mereka tidak membayar minuman mereka tadi. aku kira mereka menunggu 'small kid' daripada habis memungut 'wang ehsan'. kahkahkah... 


entah berapa ramai lagi yang tertipu.atas dasar nama muslim, satu lagi penipuan berlaku.
atas dasar aku memakai tudung- aku sebagai muslim dan aku tidak biarkan diri aku ditipu, aku dipandang tajam oleh pasangan hindustan tadi. apekah? arghh..

atas nama muslim.
roti nan pon dah sampai. nom nom nom..