03 August 2010

Dag Dig Dug

Greetings.

orang kata kalau hati merasa walang dan gundah gulana, selain merapat-dekatkan diri dengan yang maha pencipta kita patut buat physical activity. iyep..that's right. tak kira lah apa sahaja yang kau mahu buat kan..janji kau luangkan masa untuk menyibukkan diri dan fokus dengan kerja lain. selain daripada duduk sorang-sorang dan berada dalam dunia pemikiran sendiri-yang mana mampu membunuh self-esteem kau..kadang2..
so..antara physical activity yang aku praktikkan ialah..jengjengjeng..
  • Basuh Kereta... aku paling dengki kalau tengok kereta orang kilat milat bersih tanpa daki melekat di badan kereta tuh. jadi aku offer diri untuk basuh kereta sanak saudara n jiran tetangga. sebagai balasan aku dapat lah profit dalam 50 hinggit. daripada sedekah kat BANGFES baik buat amal kat aku ada pekdahnye juge :)
  • Masak memasak.. dude i tell u what..aku ni hantu tengok menu baru..tapi stakat tengok je lah. fav tv program? AFC. yeah..alter sane sini..campak itu ini..taraaaa...! dah jadi. lempeng penyek..ok lah kan..tehee..ok next!
  • Jogging.. omg ini memang feveret..kahkahkah...lebih2 lagi kalau kat taman tasik titiwangsa kalau penat jogging, kau boleh naek kuda! abeh patah pinggang kuda kat situ aku kejekan.hahaha..paling indah, kau boleh hirup udara segar sambil menghijaukan mata yang biru. silap aribulan badan kau lagi lentik dari Anita Srawak! (ada kena mengena ke?). Poco-Poco pon boleh dipratikkan juge tapi aku..err..tatau sangat exercise yang sangat pemes dikalangan emak2 di Malaysia ni. yang aku tahu chicken dance je..wakakakaka..
  • Berenang..kau tau tak berenang selama 5 minit boleh mengurangkan lemak yang terkumpul di bahagian peha, buttocks dan lengan, sistem pernafasan yang lebih lancar dan menyegarkan mata daripada kau tercongok depan tivi dari siang ke senja.. untung-untung kau tak payah pergi slimming santuary pon.jangan tertipu dengan iklan tivi tuh...haha..tapi iklan AXE kau boleh percaya. 100% dijamin!
  • Cuci mata...kalau dah bosan dengan atap siling lantai simen, skali skala tukar pemandangan. kau boleh ke padang permainan terdekat, singgah Suria KLCC tengok koleksi summer terbaru daripada butik2 terkenal (amaran:jangan beli, tgk SAHAJA), lokasi perlancongan seperti Bukit Bintang. kalau tak mahu ke bintang, kau boleh ke Broga. mungkin sedikit sebanyak boleh mengubah demografi view kau terhadap manusia.
banyak lagi aktiviti lain yang kau boleh konsentrate kalau otak dah terlampau tepu. nak buat atau tak..ikot suke ler..

p/s: ko ni bongok la fiq. excited sangat sampai lupe letak title. ke laut kau nieh...~~!!!