01 August 2010

Bersiap untuk Ramadhan

tak lama lagi Ramadhan akan datang ke rumah aku. Preparation ape pon aku tak ready lagi. resah gelisah betul la macam nie.. selalunya aku akan prepare bahagian dapur dulu. peti ais and freezer kasi mantap dengan bekalan raw food. tapi tahun ni, babah kata nak cut down calorie and carbo dalam diet hari-hari. tukang masaknya aku kat rumah ni. jadinya aku yang kena alter menu! chef terhormat la katakan..alamatnya no heavy meals la..no curry n stuff yang banyak pakai santan. jadi kalau hitung kira..perbelanjaan untuk makanan tahun ni untuk sambut Ramadhan turun 30%. kemungkinan besar tiada fast food dari bazar ramadhan. *sigh*

biasanya preparation for Ramadhan akan didahului dengan acara hantar menghantar kain untuk dijahitkan oleh tailor2 terdekat. untuk melaram semasa Aidilfitri nanti.... dalam musim ekonomi yang sedang merudum ni kebanyakan customer akan mintak harga turun siket. based on my poor observation, harga upah jahit baju kurung Butik Mak Cik Waheedani RM80. manakala upah jahit baju kurung Mak Cik Esah hanyalah RM40. kesimpulannya, upah jahit baju kurung di butik dengan nama canggih lebih mahal daripada upah dengan seorang makcik berbekalkan nama kampung dan hanya buka bisnes di rumah. 

kesimpulannya, aku hanya akan ke Sogo untuk membeli baju kurung siap RM50 sepasang sebab aku tak payah beli kain sutera kosnya RM180 sepasang dan upah jahit pula..kalau hitung kira aku boleh beli 6 pasang baju kurung dengan kos itu sahaja. Jadi kedatangan Ramadhan amat menguntungkan aku pada tahun ni sebab aku pon nak beli baju kurung banyak2 untuk dipakai ke kuliah nanti. Afifi pesan, pak arab ni gatai2..jangan buat main tau. badan punye la besar.skali dia ngap, aku ngep! so..kena pakai sopan2 siket. 



preparation rohani untuk Ramadhan ni masih lagi ditahap kritikal. sebaiknya bulan Syaban yang berbaki ini aku latih diri untuk lebih dekat denganNya. sebaliknya aku lebih hafal lagu Maher Zain daripada Juzuk 30 yang wajib aku hafal untuk preparation ke negri arab tu nanti (sebab kat sana ada oral and writing test tau..! aku bukan hafizah..aku tak hafaz semua weyhh..aku mengaku kelemahan aku kat sini..). ceyh~! aku putttuuiiiihhh diri sendiri..

preparation jasmani? menahan lapar dan dahaga bukan objektif utama. itu jatuh nombor dua. yang utama bagi aku untuk menahan gelodak nafsu. no more HBO 247, no more MTV, no more FLY fm, no more facebooking up until midnight, for some people they might say no to smoking and porn stuff, yeah..i know u..heehaa...! malam hari pon dah tak boleh merendek ke sana ke mari. say sorry to al mamak hey.. tarawih didahulukan...pastu main bunga api. pom pam pom pam kebaaaabbooommm... sampai terkezot imam dan sekalian jemaah..hehe..

ahh..macam2..Ramadhan kali ni datang mengimbau seribu kenangan.