12.8.10

Banyak nak Cakap

Greetings

Sebagai manusia biasa yang ada access dengan lampias emosi yang berada di sekeliling, aku tidak terkecuali.
bila diusik, aku boleh ketawa, menangis atau hanya diam-tanda protes tidak suka.
atau aku hanya mampu berdrama.


Banyak perkara yang aku harus urai satu persatu biar nampak jelas dan terang.
sesetangah orang mungkin menganggap ianya tidak penting-untuk buka pekung di dada dan berbicara seperti orang dewasa, sekali gus bermakna membuka sejarah lama dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa masalah yang lalu masih kekal wujud-menghantui dan bergantayangan.
aku kenal mereka yang mengelak untuk berhadapan begini. malah aku pon tidak terkecuali.
jadi tepukan gemuruh aku hadiahkan untuk mereka yang masih kekal berlari!

banyak yang hendak diperkatakan. hendak diluahkan. tapi sesetengah perkara terutamanya subjek sensitif, kita sebagai manusia biasa takut untuk melontarkan. kita takut kita kalah. kita takut ego kita tercalar.
lalu kita kekal diam.



dan menjadi patung yang dimanipulasi oleh ketakutan kita sendiri.

persoalannya sampai bila mahu berdiam tanpa bicara?
konon kata matang.

singkat akal.