13 August 2010

Bantu Kaum Lelaki di Bulan Ramadhan

Greetings~

sebagai kaum wanita/perempuan yang terkenal dengan sikap ringan tulang, kali ni aku nak ajak mereka yang mengaku wanita muslim dan bercita-cita tinggi untuk menjadi muslimah sejati untuk bantu kaum lelaki. terutamanya pada bulan Ramadhan ni. tolong tutup cleavage anda! hah..kan senang aku cakap stret to da point je.

semalam aku singgah di bazar ramadan, mata aku ni tak berkelip-kelip tengok cleavage atas bawah tu. seganlah dik...malu ahkak...! tak adil tau.. bagi ahkak, ini sudah dikira zalim! yang taknak jadi nak.. kau paham kan.. kalau paham angguk laju2.

haisy..pak imam pon boleh tercabut kopiah dik.. ok fine lah kalau adik2 dah pakai tutup litup semua dah, satu aja yang~~jangan dibalut body tu macam balut nangka..mantap sangat tu ha..simpan utk laki hang yang halal nanti ya!

untuk kaum ibu, kakak2 isteri mithali, just nak kongsi pendapat. rasanya tak patut jadikan laki anda, saudara lelaki anda sebagai tong sampah makanan. memang bulan puasa ni kita sebagai wanita amat bersemangat kental dan waja sekali untuk masak pelbagai juadah. cukup macam2 jenis- manis, masam, masin..semuaaaa ada! badak berendam, puteri manda, taik minyak, jala emas, popia, bubur.. nasi pulak ada warna warni, nasi arab, nasi omputeh..semuaaa ada! tak cukup tu, air plak macam2 rasa macam2 kaler..jenuh cik abang nak perabih.. kang bila dah boroi, dah tak ensem, penyakit berangkai pun ada, haaaaa mula cari anak2 ikan..nononono..~!!!

membazir itu perangai syaitan..jangan dibuat syaitan itu sebagai saudara kerana sah2 ia adalah musuh abadi manusia. kalau bicara pasal pandai hukum hakam halal haram sampai esok pon tak sudah. tak kesian ke pada kaum lelaki yang tekun berpuasa mengumpul pahala dari subuh alih2 sampai ke petang sudah null! 


ini lebih kepada menolong diri sendiri. kalau kita jaga hubungan kita dengan Tuhan yakni Allah s.w.t, Dia akan jaga kita.

saling pesan memesan, untuk diri saya dan saudara ukhwat2 saya juge :)

selamat beramal~~~~