09 July 2010

welcome sayang mucuk..!

tepat jam 7.++ pm tanggal 6hb July 2010, hadirlah seorang bayi lelaki ke dalam family aku. makanya berkembang sarat lah family ni lagi. tahun ni tahun rimau kan? manyak ong maaa... 3 bayi lelaki datang ke dunia lagak sebagai little angles. how sweet..


aku diberi mandat untuk menamakan baby boy ni. aku beri nama Ariff. bersempena dengan pemilik blog.ariff tu. hahahaha..sebab tuan punya blog tu ensem & bijak. kayaknya, kalau Ariff baca blog auntie Fiq bila dia dah besar, tahulah asal usul namanya itu kan? haha. jokes k..! ada pulak nak bagi nama anak 'bersempena' orang lain. tak molek. letak nama biar bermaksud. biar barakah dan menjadi doa bagi sesiapa yang menyebut namanya.. nama Ariff panjang. tiga jenis. mak apak Ariff ni memang moden la. nama nak panjang manjang je. biar jenuh menulis dalam borang. nama aku sejemput je. memang babah aku jenis old school.hahaha..


cukup tiga anak buah tahun ni yang baru2.. tiga tiga boleh jadi geng! main bola sama2.. main polis entree sama2.main lari2 terkedek-kedek..tembam2 je semua macam farid mofasad tu.eyh..boleh pulak tersesat farid tu kat sini.. teheeeee..hehe. isy..comel betullah..(bukan farid, tapi anak buah aku k..)


doa yang baik Auntie Fiq iring untuk korang semua k. jaga mak apak elok2. jadi anak yang soleh. nanti boleh teman Tok Wan pergi surau. boleh teman Nek Umi gi shopping. bila besar nanti Auntie bawak round2 dalam audi A8 k..hehe..
banyak lah angan-angan ko makcek..


p/s: auntie Fiq sayang giler kat korang semua. peluk cium muah muah.