10.7.10

Takut dan Penakut

“kau ni gaya hidup tak hidup je ni, pahal?”
Andy, 21tahun.

Tarappapa..ringkas jawapan aku. Aku quite lost lately. Social network aku pon agak terbengkalai. Lembab dan bagai hidup segan mati tak mahu.Preoccupied dengan preparation untuk tarikh keramat. Gamaknya memang beginilah aku. Suka putus hubung dengan kawan2 (certain kawan2), senyap dan bila mereka terfikir tentang aku, mereka mungkin,aku ulang mungkin, menggeledah tulisan basi aku di blog ini.

Yup. Telefon tangan aku hilang. Lagi. Belum berjaya dijumpai-mungkin di celah katil dalam bilik bujang aku. Kadang berbunyi, aku dengar..tapi sengaja tidak mahu detect source bunyi itu datang dari mana. Aku selesa berada dalam comfort zone ini. Kubunya rumah. Lengkap berbumbung warna merah dan berdindingkan batu-pon merah. Aku punya pegawai atasan yang perlu aku lapor diri selang setengah jam. Atau mereka akan nanar mencari aku.dan tak..tak mungkin aku jadi loner. 247 paparazi follow aku dan update dalam twitter.haha.. 
Aku kerap hilang tanpa kesan lately. Mencari solace dan mencari Tuhan.

Andy kata Tuhan ada setiap semua di sekeliling kita. Tuhan ada dalam diri kamu.! Andy berbangsa Cina dan menganut agama Kristian. kalau aku picit pipi kembungnya, nanti keluar muncung ikan talapia..haha. Manalah Tuhan mahu berada dalam diri aku yang hina dina. Aku hambanya! Hanya tahu meminta agar beban yang bersarang di kepala hilang.

Waktu malam senyap senyap aku buka pintu bilik bonda. Biasanya ketika babah masih belum pulang dari rumah sakit. Aku lihat bonda sudah dalam pembaringan. Aku dekati bonda lalu kucup perlahan keningnya. Sebagai balasan, kerna bonda selalu menceroboh bilik aku pada jam 4am dan berbuat perkara yang serupa.
Inilah rupa aku jiwa kacau. 2 bulan sebelum panggilan keramat. Aku seakan tewas dengan percaturan strategi sendiri. Mengeluh.

Aku lihat sekeliling. Gelap. Aku kurang gemar dengan kegelapan. Aku on Cik Acer sambil mengucap kata-kata sayang lalu menaip. Meluah apa yang tersekat di dada. Tapi tak lama. Coretan 500 perkataan itu aku delete laju. Sepantas aku mendelete memori yang tak perlu di bawa bersama nanti. Biar ruang minda itu kosong. Biar aku isi dengan memori yang baru.

Aku takut.. Melepaskan…apa yang aku peroleh sekarang.
Aku takut.. Terlepaskan…peluang yang aku cipta, dan rezeki Allah limpahkan.
Aku takut.. Kegelapan…dalam gelap selalu ada monster. Datang menerpa tanpa kira apa yang aku rasa.
Aku takut.. Hilang..sungguh walau aku yang mengelak tapi dia selalu jumpa aku. Di mana mana sahaja.


tentu kau tak takut.kan? kau kan kebal..