24 July 2010

setia menanti

lokasi : halaman dewan bedah, hospital kerajaan 1Malaysia.
waktu : selepas zohor, sebelum asar.
kondisi : keliling kelalang sibuk.

gadis bertudung putih itu duduk diam-diam. di tangannya ada sebuah novel, Setia Menanti karya novelis tempatan yang agak popular. sama seperti keadaannya kini yang setia menanti seorang yang amat penting dalam hidupnya. menunggu dengan penuh sabar dan tenang.

hallway di hadapan dewan bedah sarat dengan manusia yang turut serta menunggu. menunggu isteri usai bersalin, menunggu ayah selesai menjalani pembedahan dan terus menunggu, sesiapa sahaja yang penting dalam hidup mereka. sesekali gadis muda itu menoleh ke arah pintu dewan bedah. belum nampak kelibat katil dari wad bersedia mengambil patient keluar dari dewan bedah. gadis itu kembungkan pipi, juihkan bibir dan melepaskan keluhan yang maha berat. sudah 2 jam dia di situ..sabar..bisik hati kecilnya.


earphone bergendang di gegendang telinga. mengeluarkan alunan muzik dari padang pasir. maher zain, insyaallah beralun. dalam kepala bergetar gadis itu hanya alunan ini mampu menenangkan hatinya yang walang. detik demi detik pon berlalu. dari maher zain sehinggalah U2 setia menemani gadis itu. bukan kebiasaannya menunggu orang. lebih-lebih lagi tidak mendapat updates. dalam ot mana boleh sms..isyy..! novel yang dikhatamnya seribu kali itu dibelek-belek lagi. dia puas. setiap yang memandangnya dia balas dengan senyuman paling mesra. sekali sekala dia nyanyi perlahan. tapi dia sangat teruk dalam voice volume control. sekali sekala makcik berketurunan india disebelahnya itu menjeling panas saat dia - dengan penuh emosi - menyanyikan umpama mimpi dalam mimpi by damasutra.


" okay, it's time. take care. keluar cepat-cepat tau. nanti i rindu..! ". melekap ciuman penuh kasih di pipi wanita separuh umur itu. wanita itu hanya senyum kecil. dalam hatinya hanya Yang Maha Kuasa mengetahui segalanya.

" mak nervous? nak cakap dengan babah? nanti kakak telefon.." cadang gadis itu.
" taknaklah.. mak tak nervous pon. mak takut nanti mak masuk dalam..mak dah tak sedar macam ni lagi."

gila!  gila..!gila..!

dah jangan fikir yang bukan-bukan! she'll be fine..she's tough.. she's strong. she's the iron lady after all. kemaruk benak gadis itu cuba menguatkan jiwanya sendiri. dan gadis muda itu masih terus menunggu. kali ini the cranberries, outlandish dan suara jantan Crispian Mills menemaninya.. sekali sekala housemen dan MO lelaki yang masih muda (dan mungkin juga masih belum berpunya...) lalu dihadapannya dan melemparkan senyuman pengenalan yang hangat. semoga yang baik-baik sahaja untuk anda. doa bersama senyuman diberi. bagaikan dicharge elektrik 80voltan, semangat gadis itu naik mendadak! ding ding ding..! ketawa besar.

gadis itu alihkan perhatian kepada pasangan tua yang berada dihadapannya. di riba wanita itu ada seorang budak lelaki berumur sekitar 2 tahun. sangat comel. lagi comel kerana berpakaian custom binatang lebah or bee - warna belang kuning hitam. ada ekor bulat dan kontot di punggungnya. bahahhaha.. kecil-kecil sudah dibinatangkan..getus hati gadis itu. dia senyum sumbing. pandai pula budak lelaki itu bermain mata dengannya. sesekali matanya dikenyit-kenyit.  gadis itu jadi malu tiba-tiba. eh eh budak ni..aku tak layan anak lebah  laa..~~ [okay aku akui gadis ini sudah jadi bengong kerana menunggu terlalu lama..]. berada di dalam kalangan penunggu & pesakit membuatkan gadis genit ini hilang kewarasan seketika. sadis betul.

genap 3 jam bertapa di hallway itu, gadis muda itu bangun dari tempatnya bertapa. meregangkan tulang temulang yang masih intact, dan merapati katil kuning yang baharu keluar dari OT.

gadis> "alhamdulillah. good thing that she still intact."
doctor muda> "of course she is."
gadis> "well she's been through a hell of ride. i gotta make sure of everything is just the same."
doctor muda> "don't worry. she's in good hands though."

dan mereka melangkah bahagia dengan seinfiniti kesyukuran sambil mengiringi si iron lady ke kamar beradu.

***********************
menulis piece ini pada pukul 3am kerana rindu pada blog membuak-buak. aku rindu kau, kau rindu aku tak?? *blink blink wink wink!