4.7.10

Sejuk; Bukan Hati Beku

Hari ini aku rasa sangat sejuk. Dari pagi hingga ke petang. Suhu sekeliling aku anggar dalam 16 darjah Celsius. Matahari pun seakan malu-malu kambeng, kekal menyorok di balik awan gelap tebal. Laundry pon lembab saja. Kebiasaannya aku jadi begini apabila didekati vampire. Mereka the cold one. Cold hearted. Aku hembus nafas kuat. Berwap jadinya. Usually bila suhu sejuk, aku duduk diam-diam,  mengerengkot di sofa sambil balut tubuh dengan blanket dan duduk di depan bara api.

Tapi hari ni aku jumping up and down, lari round round keliling rumah demi nak keluarkan haba. Air hidung yang keluar lekas jadi ais. Tak sempat meleleh pon. Selsema pula jadinya. Aku tiup dan gosok kedua belah tapak tangan dengan harapan keluar dragon breath. Tapi tak jadi-jadi. Almaklumlah, tahap metabolism perempuan lebih rendah daripada lelaki, sebab itu aku cepat sejuk. Panas hati lain cerita la kan..


Alih-alih aku tune in E-news. Taylor Lautner memanggil-manggil aku menerusi renungan matanya. Aku kaku kejap.

“ mari ke mari..” dia bisik.uish..bior bonar Taylor bercakap dengan aku nie..?? realiti atau fantasikah? Aku mendekati skrin tivi dengan muka tak malu. “Dekat lagi.jangan takut. i tak gigit u. i vegetarian .”.. aku pon move lagi dekat. Dia hulurkan tangan dan melekap di skrin tivi di balik sana. Tangan aku dengan perlahan menyentuh skrin tivi.. tapak tangan kami bertemu. Secara ghaib dan kilatnya aku dapat rasakan haba 108 darjah Celsius menerjah masuk saraf-saraf dan menyerbu artery. Jantung aku berdegup 2 kali ganda pantas. Darah merah berbekal oxygen and rbc yang menggelegak menyerbu ke segenap anggota badan. Taylor senyum simpul. Secara tidak langsung pipi tembam aku pon naik merah.. * blushing wink wink..!


8 July nanti kita bertemu ya..! ;)

Siapa kata selepas putus cinta hati aku terus kering?? Jiwa aku masih basah penuh kasih sayang untuk segenap umat manusia tahu?