2.7.10

pisah dan separate

salina memandang suaminya dari jauh. biarkan suaminya bergaul dengan sanak saudara sebelum berangkat pergi. enggan turut dengan emosi yang gundah gulana salina cepat-cepat memangku anak bongsunya. disumbatkan botol penuh susu ke mulut anak kecil tapi matanya terus memerhati. salina terasa jauh. anak-anak buah dan ibu-ibu tua terus berasak-asak bersalaman dengan suami salina. salina pasrah. dia lari jauh-jauh duduk dibelakang sahaja. masih memerhati.

memori kali pertama mengikat janji berkasih memanggil-manggil salina. "saya sarungkan cincin ini ke jari manis awak. tandanya saya cintakan awak. mahu sehidup semati dengan awak". tubir mata salina sudah basah.matanya hangat.dadanya rasa sebak - terharu. mulutnya tertutup rapat. salina hanya mampu diam. dan mengangguk setuju dengan lamaran rizal. 

itu cerita sepuluh tahun dahulu. kini mereka bahagia dengan 3 orang cahaya mata. buas,nakal,mulut bertih tapi cantik... sebijik macam auntie mereka. hehe

kini semua mata memandang salina. berdetap-detup derap kaki rizal berjalan ke arahnya. mata salina masih memandang. dadanya sebak, sama seperti dulu. penuh dan boleh meletup bila bila masa sahaja. salina kawal emosi. anak kecil dipangku tangan sebelah kiri. dipeluk rapat ke dadanya. salina hulur tangan kanan bersalaman dengan rizal. bibir mengucup hangat tangan pengasih itu. lama. air mata tidak tertahan lagi. salina tersedu. segera rizal membawa salina ke dalam pelukannya. erat. rizal mengusap ubun-ubun salina. menenangkan isterinya.

aku yang melihat segera mengalihkan pandangan. aku paling elergik melihat perpisahan dan air mata. emosi bercampur baur. rasa gundah bertimpa-timpa. tapi akur apabila akal memujuk hati dengan alasan paling logik dan rasional. setiap yang perjumpaan pasti ada perpisahan. dan perpisahan yang aku saksikan ini bersifat sementara. 

rizal mendapatkan aku. puas aku sorokkan wajah yang sudah comot ini tapi dia tetap jumpa. dia senyum. aku juga. tapi aku senyum dalam tangis. aku kucup tangannya. kucupan kedua, ketiga dan keempat di kedua-dua belah pipinya pula. geli aku berlaga dengan jambang kasar rizal. "nanti jumpa di sana." pendek pesan rizal padaku. aku angguk pantas. salina hanya mampu memerhati. aku lontar senyuman ke arah salina. salina pun tunduk. masih menangis. sebentar cuma.

entah semangat apa yang merasuk salina. mata dan hidungnya sudah memerah. air mukanya tenang langsung tak berkocak. senyuman paling manis dia ukir, nampak gagah. sedar tekadnya yang ditanam jauh dalam hati sudah bertunas. dia merelakan pemergian si suami demi mencari rezeki. salina mendapatkan anak-anaknya yang lain. seorang demi seorang memeluk erat si ayah. yang sulung...baru menjengah awal persekolah sudah mengerti. ayahnya akan pergi, tapi buat masa yang cukup lama. lambat baru kembali. yang kedua hanya memerhati. matanya bulat terkebil-kebil. senyum mengejek buat si kakak yang sedang menangis. yang bongsu masih menyusu. alahai..apa yang mereka tahu tentang perpisahan ini.

reaksi aku  (T________________T)

tabah sayang..tabah. aku bisik pada roh dalam jasad ini.

diakhiri dengan peluk cium ibunda, rizal melangkah turun melalui eskulator. langkahnya nampak gagah. namun aku lihat jelas ada mutiara yang terbit dari mata bundar rizal. air mata jantan yang cepat-cepat dia sapu.

dan bayangan rizal berlalu pergi
malaikat di langit menyaksikan satu lagi perpisahan
perpisahan kekasih
perpisahan suami isteri
perpisahan abang adik
perpisahan ayah-anak
perpisahan ibu-anak

berpisah jasad bukan berpisah jiwa.
kerna jiwa kita sudah sebati
seperti solusi kimia
seperti angin beroksida
dan aku akan jejak langkah mu, abang.

reaksi si bongsu setiap kali melihat langit biru
"aboh.. aboh.." dalam pelat pekatnya menyeru nama abah dan menunding jari ke awan
"mana dik?" aku tanya..
"u aboh.. lam ae pelane" (baca: tu abah..dalam airplane)
aku gelak suka. terhibur dengan pelat si bongsu itu.

siapa tahu dalam hati aku ada gerimis.
wuuu...nak bahu..sob sob..