14 July 2010

ole-ole dari aku

susahnya nak menjadi kau. tahu mengata. tahu menghina.

kau hebat. punya propaganda dan plan strategi yang terulung. kau ada askar yang ramai. kental. semua sanggop berkorban jiwa raga untuk kau. aku jadi bingung dan tertanya-tanya. siapa yang sanggup bertuankan si zalim seperti kau? aku kira kau hembus nafas hasad dengki di setiap buhul-buhul askar gampang mu itu agar setia mendengar dan bertindak mengikut arahan.. lihat saja pada gayamu.. menawan & menggoda. mampu meruntuhkan iman umat Nabi Lut yang senipis kain sutera.

telahan ku benar. tidak pernah tersasar. tidak seperti tandukan padu Puyol dari Spain. tebakan aku tepat sasarannya. seperti pukulan kencang Nadal, membenam lawan.

aku tidak punya hati untuk simpati dengan sifatmu yang jelik. aku tidak punya jiwa untuk rasa sengsaranya batinmu. aku tidak upaya untuk menangisi kebodohanmu. itu pilihan kau. kau yang corakkan kanvas hidupmu begini. dengan warna lumpur makian dan hinaan. mungkin itu adalah gene yang sudah sebati dalam DNA mu.

jadi.. aku putuskan untuk melatih diri ini agar tidak menjadi terlalu beku dan kejam.dunia sementara saja. putar-putar alam ketemu kau juga... Jadi..Nah..! aku hulur simpati.. dan tepukan maha hebat untuk lakonan pentasmu. ole-ole khas aku bawa dari dunia yang aku punya. komen tentang persembahanmu? ya.. ianya sementara tetapi sungguh berkesan. seperti lakonan Hang Tuah memujuk Jebat.

Aku? tak termakan dek hasutan. minda kepunyaan anak Adam ini sudah lali dengan suntikan bisa kau acukan.

plap..plap..plap..


*somehow i found this one hilariously funny *