26.7.10

Meninggal Dunia

lokasi: bilik 24, ward veaipeace, Hospital Kerajaan Selangor.
waktu : waktu Malaysia. gmt :0
kondisi: menyibukkan diri

si gadis muda itu langkah laju-laju. semua perilakunya cepat-cepat. kemas segala kain baju, pinggan mangkuk, teddy bear, buah-buahan dan segala apa yang di bawa ke bilik 24 dari rumah. hari ini si Iron Lady boleh daftar keluar. sudah boleh balik ke singgahsana. puas tabib cina melarang kerana masalah hematoma yang makin merebak tapi si Iron Lady cakap "pokok bunga orkid saya layu kat rumah. tiada orang nak siram.". Iron Lady memang begitu. orang risaukan kesihatan beliau tapi beliau risaukan kesihatan bunga orkid, ros, dan kucing belang-belang di rumah. malah lebih extravaganza, Iron Lady tulis surat mc sendiri. beliau memang suka buat rules sendiri.

Gadis muda sudah siap mengemas lebih kurang 10 buah beg bukan luois vuitton kepunyaan Iron Lady, hulubalang pon sudah sedia tercongok di pintu untuk mengangkot barangan turun dari tingkat sembilan itu namun mereka didatangi pula dengan Doktor Muda. sekadar observation terakhir dan memberi bekalan pain killer drugs. 

Doktor Muda> "patient sebelah sudah meninggal dunia."
Gadis Muda  > "daripadaNya kita datang kepadaNya jugalah kita kembali"

patient sebelah merupakan seorang professor di USM Pulau Pinang berpangkat doktor falsafah. semalam Gadis Muda lihat bilik sebelah busy benar. dengan alatan resuscitation, tabib-tabib cina, melayu dan india saling bergabung tenaga menyelamatkan nyawa professor tersebut sambil tak tinggal seruan Najib Koruptor untuk jayakan Satu Malaysia. setahu aku mereka berjaya stable-kan heart beat patient sehingga dimasukkan ke icu. alih-alih pagi ini patient tersebut sudah pon meninggal dunia. hampir 12 jam bertarung nyawa..

Gadis Muda terdiam sekejap. matanya merenung Iron Lady yang kelihatan tenang.

Iron Lady > "kalau nak mati, mati juga.."

Gulp!

Gadis Muda terbayang wajah kachak anak lelaki arwah patient sebelah yang mukanya memerah menahan tangis dihadapan pintu semalam. hendak peluk untuk beri sokongan, gadis muda itu takut dikata mengambil kesempatan ke atas kondisi emosi lelaki kachak yang sedang lemah. senyum ramah dan pandangan simpati sahaja yang mampu gadis muda itu hulurkan.. Jadi hari ini, bagaimana nasib lelaki kachak itu ya? moga ada yang memeluknya.

*lebih kurang beginilah kekachakan lelaki itu*

(~.~")

Gadis Muda senyum nipis sambil merenung Iron Lady. lagi. 

mujur aku masih ada hari ini untuk terus memeluk jasad mu beserta roh, mak..