21 July 2010

mana nak cari..

mencari orang begini yang selalu bermain dibenak aku ni mungkin payah. tapi bak kata Mat Salleh nothing is impossible kan..?

orang ini tak perlukan rumah yang gede (baca: besar) tersergam di Bukit Tunku, kereta mewah berwarna merah dan ada lambang kuda liar dihadapannya, dan orang ini tak perlukan pakaian direka khas oleh designer-designer tip top (tidak menayang nama Calvin Klein pada boxer mahalnya..). jadi aku mencari orang yang begini.

orang ini juga mungkin hanya memandu mini cooper classic yang dibaik pulih- dia waris daripada bapanya, memakai pakaian seringkas mungkin dari Kedai Bundle Leman; t-shirt Led Zeppelin RM10 sahaja sehelai.. orang ini juga tak pernah mempersoalkan pointer GPA aku untuk dia bandingkan. dia juga tak kira soal darjat. tak peduli sama ada aku pandu Murano 2.5 atau kancil buruk edisi 1998. orang ini tak pernah kisah aku pakai tudung siti atau tudung Yuna. yang dia tahu aku dihadapannya adalah aku. bukan ciplak reka cipta orang lain. dan yang indah dan paling manis, dia tak bandingkan aku dengan sesiapa. dia menerima aku seadanya.

sesekali dia bercerita tentang apa yang dia hadap di dunia. dia tak takut bersuara sebab dia tahu aku selalu ada untuk dia. hujung minggu dia bawa aku ke taman. lihat landskap menawan. oh, kami minat fotography jadi dia bawa camera dan jadikan aku model mini. dia lebih suka kalau kami travel naik pengangkutan awam (baca: tren, moneral si siput sedut lembab..) sebab dia tahu aku cemerkap kalau memandu. dan dia mahu kami luang masa tengok karenah manusia sama-sama.

orang ini mampu buat aku rasa diri ini special (baca: istimewa) dan cukup bertuah dilahirkan untuk berdamping dengannya. orang ini juga tak putus doakan kesejahteraan buat aku. dia tidak letak aku sebagai musuh ketat. dia tak bersaing dengan aku dalam mengejar kejayaan dunia. malah dia dorong aku untuk sama-sama berjaya dunia akhirat. dia tetap ada dalam jatuh bangun yang aku tempuh sendiri. dia tak tidur masa aku mengeluh malah dia tekun mendengar dan hulurkan bahu untuk aku tumpang sendu. orang ini yang boleh serahkan seluruh jiwanya dan aku juga serahkan jiwa aku sepenuhnya.

*tak perlu hensem2 sangat nanti dikidnap orang*
*hanya perlu senyum begini untuk aku selalu. boleh?*

orang yang begini yang aku cari ni..mana nak jumpa..? ada lagi ke dalam dunia ni..