12.7.10

kau tak rasa apa yang aku rasa?

aku rasa kematian kian mendekat,
aku cium bau nafas seteru malaikat,
malaikat maut mendesah ligat,
aku peluk bonda ketat-ketat,
sujud insaf cepat-cepat,
mencari sinar arah kiblat,
masihkah terbuka pintu taubat?

liar mata merahnya melihat..
tertoleh kanan dan kiri..
liang rongga mengesan bau..
mangsa dia berada di situ!

satu saat
dua saat
tiga saat
dan seterusnya
nafas terus mendesah-basah..

satu titik
dua titik
tiga titik
seterusnya masih menitis- juga basah..

aku lihat keliling kelalang,
ada kematian ada kehidupan
singkap tirai masa depan,
kosong. tiada.

cuba tarik nafas panjang...tersekat.
cuba celik mata hitam..gelap pekat.

lalu aku kibar bendera putih. tewas?