26 July 2010

Kau, Aku & Kita

Greetings.



Sahabat, teman , kawan, rakan, member, friend ape kejadah lagi ialah terma yang diguna pakai untuk melabel seseorang yang kita rasa selesa untuk berdamping bersama. ada orang kata beza antara kawan dan sahabat ini sangat jauh. kawan itu lawan dan sahabat itu pula membawa berkat. 

kawan ada masa kau suka-suka. contohnya time korang makan beger GBS Mekdi, masa korang tengah kebulur gile makan megi semangkok kongsi lima orang, masa korang tengah berkepok-kepok duit dalam poket dan kadang-kadang masa korang tengah date the most handsome and popular hunk/junk kat kolej.. yeah.. ramai gile mengaku kawan kau masa tuh kan.. berduyun-duyun friends request di facebook. malah friend list korang di Myspace mencecah 3000.. wow! bangfes kat Klang pon mengaku kau kawan dia..wakakakakaka..

tapi kalau sahabat ni lain siket. dia tetap ada masa korang dalam kondisi memalukan diri sendiri seperti sengaja termasuk ke tandas berlainan jantina atau berkaroke di khalayak ramai tetapi tiada sambutan. si sahabat ni tetap support korang. paling syiookkk dia lah presiden kelab peminat korang..haha (malang sungguh =.="" ) . dengan dia ko akan rasa dinamika diri kau melonjak ke tahap maksima. ehehe..

terserahlah yang mana pon. aku prefer guna terma sahabat walaupon sahabat keliling kelalang perangai macam hampagas.yang penting bila aku bersama dia, aku berani menjadi diri sendiri. all out! jiwa aku serasakan boleh nude bila bersama dia. dia tidak demand, tak minta aku untuk menjadi lebih atau kurang daripada apa yang aku ada sekarang. yang penting, aku takkan rasa terkongkong bila bersama dengan dia. sebab aku bebas meluahkan apa sahaja yang aku terfikir tanpa ada sekatan, tanpa berpura-pura. dia memahami perbezaan antara kami dan menganggap itu sebagai sifat natural aku. sebab itu dia boleh accept dan embrace aku sebagai sahabatnya juga.

i can brag and nag almost everything. and he/she would listen to you although u've repeated the same damn thing again and again.. better yet..dia yang akan bersama mencari solusi untuk permasalahan yang aku hadapi. isn't that great? to have a person that would think for you and you don't have to pay him/her? lagi bagus, aku boleh senyap dengan dia, aku buat donno tak pedulik, buat dia rasa bersalah, lost contact dengan dia dan buat dia rasa menyampah tapi akhirnya dia terima permohonan maaf aku dan bawa aku dalam pelukan dia. peluk ketat-ketat.

aku boleh menangis dengan dia. boleh pinjam bahu dia tanpa surcharge atau sewa, bahu dia sentiasa ada untuk aku. aku boleh ketawa dengan dia, buat tahik dajal pon dengan dia, dan sama-sama bermunajad memohon taubat ke hadrat Ilahi pon dengan dia.. dan segalanya adalah kerana dia lihat, dia paling kenal dan dia paling sayang dengan aku. dan terbaik aku boleh balas adalah dengan mengakui dia adalah sahabat aku pada mata dunia dan turut sama menjadi sahabat bagi dia :D

mencari sahabat begini tak susah apabila kita sendiri bersedia untuk menjadi seorang sahabat.

**************************
aku dalam konteks di atas mencerminkan perwakilan diri sendiri. secara automatis tanpa disogok wang kroni, ini melambangkan aku ini jenis mementingkan diri sendiri.

kau tak pentingkan diri sendiri? boh0nglah..!