20.7.10

Gadis Tepi Longkang

dia gadis tepi longkang
pipinya gebu keningnya garang

dia gadis tepi longkang
suka pakai baju jarang jarang

dia gadis tepi longkang
nama mulianya si Jalang

dia gadis tepi longkang
asyik duduk aksi terkangkang


dia gadis tepi longkang
jantan keparat tak lepas pandang
pada barang yang ditayang-tayang


dia gadis tepi longkang 
tawar khidmat puas di ranjang

tapi sayang..

dia gadis tepi longkang
tak kenal agama tak kenal sembahyang


dia gadis tepi longkang
bila ditegur matanya merah membuntang


dia gadis tepi longkang
malaikat maut selalu intai peluang


dia gadis tepi longkang
punya ibu tanpa ayah, dia pun anak terbuang

si dia ada bercerita
si gadis tepi longkang itu 
"hidupku dibayangi jembalang
tak pernah lelah untuk terus datang 
mereka menyembah aku dengan wang
yang memungkinkan aku miliki dunia senang lenang"

"tapi aku tak menang
kerna aku gadis tepi longkang
layak dijijak neraka jahannam
aku tak imipi layanan berkelas bintang
jenazahku nanti layaknya seperti bangkai binatang"

dia gadis tepi longkang
masih belum nampak jalan pulang