13 July 2010

Dengarkan; Cinta Disampahkan

aku mimpi diterkam momok. lalu dia suakan aku dengan puisi ini.mendengar teriak perempuan ini aku beristighfar panjang.Yang Benar.. dia suarakan teriak aku yang mati di kerongkong. jadi aku mahu kau pula yang dengar.





jantung diam
akal diam
urat diam

mencari nafas didalam hati
mencari nyawa didalam diri
mencari cinta pada yg xsudi
mencari harga diri

aku gadis yg disampah2kan
aku gadis yg dihilangkan
aku pencinta yg disayang
aku ini bukan milik orang

mencari diri dalam kamu
mencari maruah diri didalam cinta kamu
mencari nafas yg telah dimatikan
mencari langit yang telah pernah engkau kuningkan

mencari aku
mencari engkau
mencari kita
mencari dia yang engkau cinta
mengapa cinta ini kau tolak ke tepi
kau tolakkan kepala ini

mencari rasa
mencari dia
mencari harga diri yang kau lelongkan ke tepi
kedalam api
kedalam api
kedalam api

aku ini perempuan yang telah pun kau lelong-lelongkan pada langit itu
aku perempuan itu
perempuan yang bodoh itu
mengapa aku dibiar disini
mengapa aku dibiar kau pergi
mengapa aku disini
kamu di situ berbahagia selalu

mencari diri
mencari aku
mencari kamu
mencari dia
mencari semua
mencari segala
mencari semua

mengapa cinta
mengapa sayang
mengapa rasa ini kau buang sekarang

jiwa diam
mata pejam
hidung diam
mulut diam
segala diam

dunia memejam memandang aku
"hey bodoh kamu
pergila engkau dia bukan milikmu
pergila engkau
dia bukan milikmu lagi
cinta kamu dimamah api

mengapa aku di sini
aku menunggu kamu
si orang itu
mengapa aku di sini mengharapkan cinta yang sudah pergi
yang sudah pergi

mengapa aku mengharap lagi
mengapa aku masih di sini
mengharapkan sementara cinta
mengharapkan pada yang tiada

tiada..
tiada..
tiada..
tiada..