1.6.10

Tahniah Bahruddin Bekri, anda berjaya buat tersipu aku di khalayak ramai!

alkisah hari ini aku dapat special permission from Miss Syiha, one of my lecturer di Mestech untuk absent dari kelas. aku punya hal antara benua nak diselesaikan. jadi aku dengan perasaan gay dan sengih tak luput di muka, berangkati pulang ke rumah la. home sweet home.

nak dijadikan cerita, dah jadi habit untuk aku melencong sebelum jejak kaki di rumah. al maklumlah. perjalanan dari kajang ke rumah aku dengan menaiki KTM dan LRT melalui banyak stesen. antara pilihan hati adalah Mid Valley, KL Sentral, Pasar Seni [ apa kabar Pak Halim, pelukis hebat ya..], Ampang Park & KLCC. setelah dihitung kira, aku pilih Wangsa Maju jugak. hahaha ..

setelah penat berperang dengan emosi dalam tren KTM, ye kaum lelaki memang tak tahu bace tulisan KOC WANITA , aku pon  berlabuh di MPH Alpha Angle WM [kebetulan ada pulak rajen nak bertemu empat mata dan belanja sundae wakakakakaa... trimas beb len kali turn i plak..]

sedang cari KIJIYA TRIOS dan ROTTW [foo fighter utk coverpage buat aku angau kejap!], aku selak bahan bacaan untuk kanak-kanak. DIARI MAT DESPATCH. novel nipis sahaja. 156 mukasurat.
first thing yang betol-betol attract mata aku adalah muka depan buku. sangatlah kreatif. buat aku terkenang masa zaman pelajar sekolah dulu. nicee...da lame aku usya buku noe sebenarnya..



aku pon selak punye selak. bace secara halal [ye, ini kegemaran!] . macam bagos sangat je buku nie kan. bagos sangat ke?? kening dah terangkat-angkat kejam.

tak sampai seminit aku dah ketawa dekah dekah. dan ketawa lagi. lagi..! dan lagi!! seolah MPH store tu aku yang punya..haha..

jap.. wait.. hehe ini buku memang funny. tulisan semborono, slumber, banyak info spontan. simple tapi spontan. yeah.. aku suka.! kisah seorang pemuda yang ada hala tuju, ada aim, test BMT, wanita, kekusutan, & arghh...selebihnya anda dan andi kena bace sendiri. baru syiokk..! tapi ini bukan bahan bacaan yang berat. ini bahan bacaan ringan untuk aku bace dalam tren, menunggu orang shopping mahupun mengadap karya Pak Halim.

jap.. wait.. aku dengar derap kasut belakang aku. dan aku segera bangun dan mengadap.

" kelakar sangat ke ?" sinis..

terpacak di depan aku ialah pak guard yang jaga store ni. ber cap hitam, uniform serba biru yang sendat bahagian perot. aku sengih sahaja. tengok keliling, orang keliling tengok aku balik.. haruu.... malu besar weyh malu!!

laju sahaja aku ke kaunter pembayaran.

"saya beli ini untuk adik saya." muuka selenge sahaja. cover malu weyh...KIJIYA trios pon aku selitkan sekali. awek bertudung di belakang kaunter tahan senyum mahu gelak. haru biru!

dalam hati aku ada dendam kesumat. siap lah anda Bahruddin Bekri! aku bace novel kau sampai lumat nanti! hahahahhaahaaa....

dapatkan carrot cake di Secret Recipe atas belas ehsan si peneman lalu blah!