19 June 2010

Raja di hati

aku punya raja di hati. yang tak pernah tinggalkan aku walau susah atau senang. dia tetap stay dan selalu tersenyum. 

sejauh mana aku berlari, dia kekal di situ. menunggu aku pulang ke pangkuannya. dia tetap stay. tenang dan sabar melayan karenah aku.

dia tak pernah failed spoil kan aku dengan kasih sayang bertan-tan dan perhatian yang tak terluak. seolah-olah aku kekal dalam genggamannya. always. dia nampak apa yang aku rasa dan baca apa yang termendap dalam kotak fikiran aku.

seolah-olah dia punya eagle eye. selalu memerhati aku. dan dia lindungi aku dengan kubu doa yang kebal, tak mampu dirempuh oleh mana-mana anasir. Raja yang penuh dengan planning dan strategi yang hebat- segalanya bagi memastikan aku berjaya kelak.

bahu & tangan yang pejal tu, selalu jadi tempat aku bersandar. seperti bahu ex aku nombor dua. ha ha

mulut bertih itu bijak berkata dan berlucu. buat aku ketawa dan bahagia selalu, seperti mulut ex aku nombor satu. ha ha

Raja di Hati. kekal bagai Raja di takhta. mana mungkin aku samakan dia dengan lelaki lain yang pernah singgah di tingkap hati.

Raja yang bijaksana ini jadikan aku sebagai Bidadarinya. mewarnai hidup dalam syurga dunia. dan tanggungjawab aku untuk pelihara amanahnya. menjadi misi aku untuk gapai impian yang telah dia titahkan.

Raja ini juga pengulas Fifa rasmi aku untuk world cup kali ini :)


*ini raja bukan raja gopal*

p/s: u know i'll always love u.