09 June 2010

malam ini kita berkabung

malam ini aku berkabung,
teriak sunyi mengisi hati,

malam ini aku berkabung,
melihat kupu-kupu malam hinggap
di hidung belang.

malam ini aku berkabung,
hati yang dicarik tak mungkin bertangkup kembali.

malam ini kita berkabung,
mengakui tunduk nafsu mu , sayang.
mudah menjadi si hidung belang.

malam ini aku berkabung,
kesal membuka pintu hati dahulu.
aku rasa aku salah kira,
aku buka hati kepada si buta.

teriaklah pada satu dunia.
bahawa aku yang kau cinta.
khabarkan kepada kupu-kupu malam itu
kau masih aku yang punya.

khabarkan..