22 June 2010

Kelas kosong perot penuh

yeah.. itulah yang telah terjadi hari ini. kelas tarak, tapi perot penuh di isi.isi dengan pizza, bread stick, mushroom sup (cair lolehh..hurmmm..), coleslaw (mayonis yang amat sodap..bahahahhaaa...), air pepsi, pisang goreng, ubi goreng, keropok lekor goreng, wantan goreng dan oh yea........semuanya bergoreng ye.. uh..gulp! dahsat dahsat..

dah macam isi tangki minyak Murano 2.5 kaler silver, isi RM 100 pon tak penuh penuh lagi mahu isi RM 120 baru lega sikit. baru boleh drive dengan rase tenang seolah aku bawak cruise.. oh .. besar gedabak! tapi syokk..

okeh, bile kelas biologos, computer class and instrumentation dibatalkan, tanduk setan mula tumbuh dan bendera merah berkibor-kibor di rumah 11-3A. syiokk.. rata-rata perempuan dalam rumah ni bagaikan ratu. sekowsekow malas nak ke restoran yang berada 4 tingkat di bawah. oh yeah.. tengah hari terus call pizza hut. maka ratu-ratu 11-3A santap pizza secara berjemaah untuk tengah hari.

no breakfast, no makan pagi. sebab berlima semua bangun ala-ala tengah hari. aku?? tak , aku tak terlibat. aku bukan ratu, bidadari sahaja. :))
bidadari bangun awal pagi, tengok kerajaan langit through windows and senyum macam tak ada masalah dunia. oh bs. [ini kes masok bakol hangkat punggong sendiri].

ratu-ratu 11-3A sogok aku dengan video baikkkk punya. video tripleAAA rated.
bukan kaler biru atau kuning. dan tidak ada luna maya atau peterporn (psssttt... hanya budak mimet yang ada itu semua.hahahahaha.), ratu-ratu uganda,slovakia,ghana,chile dan maghribi ni sogok aku dengan video show SPONTAN. abeh maraton..mahu terburai isi perot gelakkan aksi lawak kejadah Afdlin, apek cino, zizan encem, arwah din dan lain-lain..


aku realize sesuatu hari ni. walaupun seseorang itu sudah tiada secara jasadnya, tapi jasanya, peninggalannya amat terkesan. i don't know how to put this in words. macam arwah P.Ramlee, hasil karyanya evergreen dan moralnya masih menjadi santapan umat moden hari ini. macam arwah Din, sewaktu hidupnya menceriakan orang. begitu juga sesudah ketiadaannya. hasil kerja arwah buat bibir ini terus tersenyum. dan ya, jangan lupa Apek pon pernah buat korang gelak terguling-guling. bikin hati kita happy yippee..

*arwah Din*

ya..ketawa banyak boleh buat hilang ilmu sejengkal. tapi jantung sihat sebab ketawa baik punya. exercise muka. ratu-ratu kata wajah aku nampak tegang dan mantop..! macam anita srawak.. ahahahhahaha.. itu makan jamu baeekk punya.

*rraaaww..!*

dah.. sudah la ko merepek..!


malam ni hapa cerita?? heeee...... (suka!)